Warga emas maut kereta terbabas masuk longkang

Keadaan kereta dipandu mangsa yang terjunam ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2 di Kuantan pada awal pagi Ahad. - Foto Facebook Polis Trafik Kuantan
Keadaan kereta dipandu mangsa yang terjunam ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2 di Kuantan pada awal pagi Ahad. - Foto Facebook Polis Trafik Kuantan
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Air Putih 2 di sini pada Ahad.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.35 pagi itu, mangsa, Cheong Chee Seng, 64, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai dalam perjalanan dari arah Beserah menghala ke Semambu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas jatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira tujuh meter yang berada di persimpangan Jalan Air Putih 2 ke Jalan Air Putih 5.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, pihaknya sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!