Pasangan kekasih bertengkar sebelum terbakar

Kedua-dua mangsa ditemukan terbaring di tepi kereta dengan kesan melecur hampir keseluruhan badan. Foto: ihsan Bomba Perak
Kedua-dua mangsa ditemukan terbaring di tepi kereta dengan kesan melecur hampir keseluruhan badan. Foto: ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Polis membuka kertas siasatan cubaan membunuh terhadap kejadian sepasang kekasih yang ditemukan melecur teruk dalam kebakaran kereta dan motosikal di Taman Utama, Bercham di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan berikutan lelaki berusia 67 tahun dan wanita 54 tahun itu dilaporkan berlaku pertengkaran.

Yahaya
Yahaya

"Sebelum kejadian, seorang saksi mendengar pertengkaran antara kedua-dua mangsa.

"Apabila dia keluar dari rumah didapati kebakaran kereta dan motosikal berlaku dan kedua-dua mangsa sudah terbakar," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa bagaimanapun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di zon merah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian

"Siasatan sedang dijalankan dan keterangan saksi-saksi terlibat akan dirakam percakapan.

Artikel Berkaitan:

"Selepas siasatan lengkap, kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ipoh, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019 bagi membantu siasatan.

Media melaporkan dua individu melecur teruk dalam kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan motosikal di sini.

Dalam kejadian pada jam 10.18 pagi itu, kebakaran melibatkan MPV jenis Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70 berjaya dipadam oleh pasukan bomba.

Kedua-dua mangsa ditemui terbaring di tepi kereta dipercayai telah dibawa keluar oleh orang awam.