Dua individu 'bergelimpangan' atas jalan, MPV dan motosikal terbakar

Pasukan bomba melakukan pemadaman kebakaran MPV dan motosikal di Taman Utama, Bercham pada Rabu. Foto Ihsan Bomba Perak
Pasukan bomba melakukan pemadaman kebakaran MPV dan motosikal di Taman Utama, Bercham pada Rabu. Foto Ihsan Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Dua individu melecur teruk dalam kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan motosikal di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Bercham di sini pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan 10 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.20 pagi.

Menurut beliau, kebakaran melibatkan MPV jenis Perodua Alza dan motosikal jenis Honda C70.

"Mangsa lelaki dianggarkan berusia 60-an manakala wanita berusia 50-an mengalami melecur hampir keseluruhan badan.

"Setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa telah terbaring di tepi kereta dipercayai telah dibawa keluar oleh orang awam," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Pasukan kemudian meneruskan operasi memadam kebakaran kenderaan terlibat.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28