Dua lelaki ditahan menyamar pegawai imigresen lakukan samun

Dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai imigresen diberkas di sekitar Ipoh dan Gerik pada Selasa. Foto PDRM
Dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai imigresen diberkas di sekitar Ipoh dan Gerik pada Selasa. Foto PDRM
A
A
A

IPOH - Tindakan dua lelaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Imigresen sebelum menyamun mengundang padah apabila mereka diberkas di sekitar Ipoh dan Gerik pada Selasa.

Kedua-dua warga tempatan berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan pasukan Cawangan Siasatan Khas, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, penahanan suspek dilakukan selepas menerima laporan berkaitan kejadian samun dalam tempoh empat hari berturut-turut sejak Jumaat melibatkan kerugian sebanyak RM6,000.

"Polis mengadakan operasi khas dan tangkapan dilakukan sekitar jam 4.30 pagi di dua lokasi berasingan.

"Polis turut merampas beberapa barang kes termasuk kenderaan yang digunakan suspek ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beberapa barangan kes yang dirampas daripada suspek untuk siasatan lanjut. Foto PDRM
Beberapa barangan kes yang dirampas daripada suspek untuk siasatan lanjut. Foto PDRM

Menurut beliau, dengan penahanan kedua-dua suspek itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun.

"Semakan mendapati suspek berusia 25 tahun mempunyai enam rekod lampau manakala suspek kedua mempunyai dua rekod kesalahan dadah.

Artikel Berkaitan:

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Mohd Yusri berkata,kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.