MyFutureJobs bawa sinar buat OKU

MUHAMMAD RAZIN
MUHAMMAD RAZIN
A
A
A

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) menerusi My FutureJobs telah memberikan kemudahan dan manfaat kepada orang ramai terutamanya orang kelainan upaya (OKU) yang mencari pekerjaan dengan kelayakan bersesuaian.

Bapa kepada seorang remaja OKU, Muhammad Alabror Mohd Yusuf memaklumkan MyFutureJobs telah memberikan harapan dan peluang baharu kepada anaknya untuk mempunyai kerjaya yang baik dan meneruskan kehidupan.

Perkeso akan menganjurkan Karnival Kerjaya MyFutureJobs OKU dan TVET yang akan diadakan di IDCC Shah Alam bermula 1 hingga 3 Mac depan.
Perkeso akan menganjurkan Karnival Kerjaya MyFutureJobs OKU dan TVET yang akan diadakan di IDCC Shah Alam bermula 1 hingga 3 Mac depan.

“Perkeso telah membuka ruang kepada anak saya, Muhammad Razin Al-Hakimi, 21 untuk menerokai alam pekerjaan yang bersesuaian dengan keadaannya. Kini, Muhammad Razin bekerja sebagai pengawal keselamatan di Petaling Jaya, Selangor,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, ibu bapa sepertinya amat berharap orang ramai memahami keperluan OKU yang sentiasa unik, rencam, memahami perbezaan asas di antara autisme dan autistik, MyFutureJobs sudah membawa perbezaan yang ketara.

“Saya berharap lebih ramai golongan OKU akan mendapat faedah daripada kemudahan disediakan PERKESO ini,” katanya.

Menurut Muhammad Alabror, sebelum mempunyai kerjaya sekarang sebagai seorang pengawal keselamatan, Muhammad Razin telah mempunyai beberapa pekerjaan antaranya bersama program rangkaian restoran makanan segera selama lapan bulan.

“Muhammad Razin juga mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu yang diperoleh daripada Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Kuantan di Pahang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Muhammad Razin yang merupakan seorang autistik juga pernah mendapat bantuan daripada Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) yang membawa anak kami belajar ilmu pembuatan roti di rumah amal Cheshire Home di Selayang, Selangor.

“Selama tiga bulan Muhammad Razin belajar di situ dan beberapa minggu berpeluang menjadi pelatih di sebuah restoran milik sepasang suami isteri Perancis di ibu negara.

“Selepas habis belajar di rumah kebajikan itu, pengurus di situ memaklum keberadaan Muhammad Razin kepada Anis untuk dirujuk kepada PERKESO. Kami mengandaikan Anis dan PERKESO mempunyai jaringan kerjasama khusus untuk OKU,” kata Muhammad Alabror.

Bagaimanapun beliau berkata, pada 19 Jun lalu, seorang pegawai PERKESO Selangor menelefonnya untuk mendapatkan resume dan membawa Muhammad Razin ke pejabatnya.

“Muhammad Razin didaftarkan untuk dihubungkan dengan syarikat yang berpotensi mengambil dia sebagai pekerja. Pada waktu itulah, kami tahu mengenai kewujudan dan bantuan yang ditawarkan oleh laman MyFutureJobs yang menawarkan pengalaman serba cekap, pantas dan berkesan.

“Kami mendaftarkan Muhammad Razin di pejabat PERKESO Petaling Jaya. Beberapa syarikat telah menawarkan pekerjaan yang bersesuaian dengan latar belakang anak kami,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada 1 September lalu, seorang pegawai PERKESO yang bertanggungjawab memantau kes Muhammad Razin menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp untuk bertanya sama ada pihaknya berminat pada sesi temu duga oleh syarikat kawalan keselamatan di Petaling Jaya.

“Kami menerima tawaran berkenaan. Sehingga kini sudah lima bulan Muhammad Razin bertugas di syarikat tersebut, setakat ini kami belum lagi berdepan dengan masalah seperti yang pernah dialami di restoran itu beberapa tahun lalu,” katanya.

Muhammad Alabror, Muhammad Razin bukanlah satu-satunya pekerja OKU di situ dan ada sekumpulan petugas dalam kalangan OKU turut diberikan tempat di syarikat berkenaan termasuklah OKU fizikal,pendengaran dan pertuturan.

“Pandangan dan libat urus kumpulan yang berkenaan boleh dilaksanakan untuk memastikan golongan OKU terus mendapat pembelaan di bawah kerajaan Malaysia MADANI ini,” katanya.

Sementara itu, ibu bapa atau OKU yang berminat untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian, bolehlah berkunjung ke Karnival Kerjaya MyFutureJobs OKU dan TVET yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Mac 2024 di IDCC Shah Alam.

Program itu diadakan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan bersama 100 majikan menanti anda di sana.