Sila log masuk terlebih dahulu.

‘Arwah Bad tak suka susahkan orang, anggap status OKU sebagai keistimewaan' - Waris

27 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 27 OKTOBER 2023

Penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bad Indigo disifatkan sebagai sosok yang tidak suka menyusahkan orang lain dan sentiasa berfikiran positif.

Waris terdekat, Hafizal Harun, 42, berkata, pihaknya mengetahui berita pemergian Allahyarham akibat serangan jantung itu selepas Isyak dan langsung bergegas ke tempat kerjanya di Ampang, Selangor.

Menurutnya, anggota Indigo yang popular dengan lagu Gadis Misteri tersebut mengganggap kekurangannya sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) satu keistimewaan diberikan ALLAH SWT.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/631759/berita/hiburan/arwah-bad-tak-suka-susahkan-orang-lain---waris

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian