67 peratus setuju pelaksanaan semula PLKN

Seramai 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24 Januari hingga 30 Januari lalu.
Seramai 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24 Januari hingga 30 Januari lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24 Januari hingga 30 Januari lalu.

Pengarah Eksekutif Architects of Diversity Malaysia, Jason Wee berkata, bagaimanapun seramai 52 peratus responden memberi pandangan sangat merisaukan dengan gangguan seksual terhadap peserta PLKN.

"Ia diikuti dengan seramai 49 peratus responden memberi pandangan isu buli terhadap peserta juga merisaukan dan seramai 41 peratus responden menjawab isu kandungan berunsur berat sebelah politik turut merisaukan.

"Kurang daripada satu pertiga daripada responden merasakan bahawa isu kos mahal untuk dijalankan (27 peratus) dan membuang masa (22 peratus) katanya pada sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, mantan Timbalan Komandan Latihan PLKN, Mejar (B), Ismail Mohd Hassan dan Pengurus Advokasi, Architects of Diversity Malaysia, Amin Mubarak

Jason Wee (kiri) dan Amin (kanan) pada sidang media berkaitan hasil tinjauan umum pelaksanaan PLKN 3.0, di sini, pada Rabu.
Jason Wee (kiri) dan Amin (kanan) pada sidang media berkaitan hasil tinjauan umum pelaksanaan PLKN 3.0, di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Amin berkata, tinjauan yang dilaksanakan oleh pihaknya itu melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas.

"Responden diberikan pilihan menjawab tinjauan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Artikel Berkaitan:

"Majoriti daripada semua demografi yang dianalisis (bangsa, jantina, umur dan wilayah) bersetuju dengan pelaksanaan semula PLKN," katanya.

Beliau berkata, seramai 74 peratus responden beranggapan bahawa PLKN akan memberi kesan yang sangat positif kepada masyarakat.

"Hanya empat peratus responden berpendapat PLKN akan memberi kesan negatif atau sangat negatif kepada masyarakat," ujarnya.

Menurutnya, individu berusia 25 hingga 39 tahun yang merupakan generasi yang pernah menjalani PLKN mempunyai pendapat positif tertinggi mengenai program tersebut.

"Seramai 78 peratus menilai PLKN mempunyai kesan yang sangat positif," ujarnya.

Beliau berkata, antara cadangan untuk pelaksanaan PLKN 3.0 adalah untuk meningkatkan keberkesanan program PLKN dan memperbaiki defisit kepercayaan awam.

"Kami menyarankan pihak kementerian untuk menjalankan projek rintis untuk PLKN 3.0 dahulu. Kajian rintis pada tahap permulaan dapat menguji keberkesanan dan menguji kandungan program, jadi mengurangkan risiko kegagalan serta menjimatkan kos," katanya.

Amin berkata, jurulatih yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik akan melambangkan ikatan sosial yang perlu dicontohi dan mendorong pelatih untuk mengikut langkah yang sama.

"Tindakan ini juga dapat memberi jaminan kepada pelatih dari lapisan masyarakat berbeza bahawa mereka berada di dalam persekitaran yang selamat," katanya.

Menurutnya, nisbah pelatih yang terdiri daripada pelbagai etnik perlu diperkecilkan, bermakna komposisi pelajar daripada setiap kumpulan etnik yang berbeza harus mencapai skala yang hampir sama.

"Tujuannya adalah untuk mengurangkan kecenderungan pelatih yang akan memilih untuk bergaul bersama kumpulan etnik mereka," ujarnya.

Amin berkata, peningkatan bajet setiap peserta bagi pemerkasaan kualiti program sambil mengurangkan saiz kohort bagi sensitiviti kos.

"Peningkatan peruntukan kewangan akan memastikan setiap peserta mendapat akses kepada kemudahan yang lebih berkualiti serta latihan yang lebih bermakna melalui pengambilan pelatih yang berkaliber tinggi," katanya.

Beliau berkata, pihak kerajaan perlu menjalinkan kerjasama dengan pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi pelaksanaan program tersebut.

"NGO memiliki kepakaran dan sumber daya yang berbeza serta dapat menyokong pelaksanaan program dengan lebih efektif, khususnya dari segi pengisian PLKN berkaitan dengan kesukarelawanan, kenegaraan serta isu-isu pembangunan negara.

"Penyumbangan tenaga kerja pihak NGO dapat meringankan beban kewangan melalui kerjasama pelaksanaan latihan serta pengarangan modul-modul dalam proses pembangunan kurikulum PLKN 3.0," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!