Tuanku Zara berkenan lancar program vaksinasi HPV

Tuanku Zara melafazkan perasmian dan gimik pelancaran program vaksinasi 'Human Papilloma Virus' (HPV) 'Leaving No One Behind' Peringkat Kebangsaan di Tambun.
Tuanku Zara melafazkan perasmian dan gimik pelancaran program vaksinasi 'Human Papilloma Virus' (HPV) 'Leaving No One Behind' Peringkat Kebangsaan di Tambun.
A
A
A

IPOH - Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan melancarkan program vaksinasi 'Human Papilloma Virus' (HPV) 'Leaving No One Behind' Peringkat Kebangsaan.

Keberangkatan baginda ke Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun pada Rabu itu diiringi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin.

Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah penghargaan kepada penaja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjayakan program tersebut selain melawat ruang pameran.

Tuanku Zara menyampaikan penghargaan kepada penaja dan NGO yang menjayakan program vaksinasi 'Human Papilloma Virus' (HPV) 'Leaving No One Behind' Peringkat Kebangsaan di Tambun pada Rabu.
Tuanku Zara menyampaikan penghargaan kepada penaja dan NGO yang menjayakan program vaksinasi 'Human Papilloma Virus' (HPV) 'Leaving No One Behind' Peringkat Kebangsaan di Tambun pada Rabu.

Program yang dianjurkan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu menyaksikan kira-kira 500 wanita dan remaja perempuan berusia 13 hingga 20 tahun menerima suntikan secara percuma di kawasan Parlimen Tambun.

Pengarah Urusan NCSM, Dr M Murallitharan berkata, kanser serviks merupakan kanser ketiga paling kerap menyerang wanita dengan 40 peratus didiagnosis lewat iaitu peringkat tiga dan empat.

"Bagi mereka yang didiagnosis pada peringkat akhir ini, kadar kemandirian lima tahun mereka adalah serendah 23 hingga 32 peratus. Kesedaran tentang kanser serviks yang rendah dan cabaran mendapatkan saringan serta vaksin HPV merupakan antara penyumbang kepada peratusan tersebut.

"NCSM berhasrat untuk melenyapkan sepenuhnya angka-angka tersebut kerana kanser serviks boleh dicegah dengan berkesan melalui saringan dan vaksinasi HPV," katanya ketika berucap di sini.

Artikel Berkaitan:

Tuanku Zara mendengar penerangan berkaitan vaksinasi HPV ketika melawat reruai pameran NCSM pada program vaksinasi 'Human Papilloma Virus' (HPV) 'Leaving No One Behind' Peringkat Kebangsaan di Tambun pada Rabu.

Menurut beliau, pihaknya menyasarkan golongan wanita dan remaja yang kurang berkemampuan dan kurang upaya untuk melindungi diri dengan vaksin HPV.

"Masih terdapat anak-anak ini yang tercicir dari alam persekolahan sekali gus tidak mendapat pendedahan dan perlindungan yang sepatutnya.

"Dengan kerjasama semua NGO, sukarelawan, korporat dan ahli-ahli Parlimen yang terlibat, usaha memvaksin golongan ini dapat dilaksana dengan berkesan agar tiada satu pun akan tertinggal," katanya.