Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun

Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan dihentikan sementara bermula 5 hingga 11 Jun ini untuk penyelenggaraan.
Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan dihentikan sementara bermula 5 hingga 11 Jun ini untuk penyelenggaraan.
A
A
A

GEORGE TOWN - Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwi-tahunan kedua bagi tahun ini bermula 5 hingga 11 Jun ini.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataannya berkata, perkhidmatan tersebut akan beroperasi semula seperti biasa pada 12 Jun.

Menurut PBBPP, dua penyelenggaraan berjadual utama akan dijalankan pada setiap tahun di bawah pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland.

"PBBPP juga menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari, mingguan dan bulanan serta pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi funikular.

"Penyelenggaraan dan pemeriksaan ini untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat," katanya.

Tambah PBBPP, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan jip yang dikendalikan oleh Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera yang terletak di Tempat Letak Kereta Rifle Club, Taman Botani.

"Pengunjung juga boleh menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan.

"Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PBBPP di talian 04-8288880 atau emel ke inquiries@penanghill.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28