Pemandu kenderaan terkejut harimau kumbang melintas jalan

Rakaman menunjukkan seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang.
Rakaman menunjukkan seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang.
A
A
A

KUALA PILAH - Tular di media sosial rakaman papan pemuka kereta memaparkan seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang dekat Kampung Tengah Ulu, Seri Menanti di sini sejak Isnin.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 22 Februari lalu di hujung kampung berdekatan kebun getah milik penduduk.

Dahlan menunjukkan rakaman seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang.
Dahlan menunjukkan rakaman seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang.

Bagaimanapun pemilik rakaman berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada penduduk di situ ataupun sebaliknya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tengah Ulu, Dahlan Alias, sebelum rakaman itu tular, lima ekor ternakan kambing penduduk mati disyaki dibaham harimau pada 16 Februari lepas.

"Saya telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenainya susulan kemunculan harimau ini bukan perkara baharu kerana binatang itu pernah masuk perangkap dalam kejadian beberapa tahun lalu.

" Justeru, saya harap penduduk kampung sentiasa berhati-hati selain tidak mengambil tindakan sendiri sebaliknya terus melaporkan kepada JPKK atau Perhilitan supaya ada tindakan susulan," katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Dahlan menunjukkan gambar kambing yang dipercayai dibaham harimau dalam kejadian 16 Februari lepas.
Dahlan menunjukkan gambar kambing yang dipercayai dibaham harimau dalam kejadian 16 Februari lepas.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, kebiasaannya, harimau kumbang berkenaan muncul di kawasan hujung kampung yang berhampiran dengan kebun, kawasan semak atau hutan.

Sebelum itu tular video berdurasi 50 saat memaparkan sebuah kereta tiba-tiba berhenti apabila seekor harimau kumbang melintas.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline Tular di media sosial rakaman papan pemuka kereta memaparkan seekor harimau kumbang melintas di Kampung Panglang dekat Kampung Tengah Ulu, Seri Menanti, Kuala Pilah sejak Isnin. Kejadian itu dipercayai berlaku pada 22 Februari lalu di hujung kampung berdekatan kebun getah milik penduduk. #SinarHarian#SinarTerkini#VideoViral#HarimauKumbang original sound - Sinar Harian