Jakim tidak terima sebarang bukti babit nasab 'Mawla Amin'

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menerima sebarang bukti dokumen berhubung nasab ‘Mawla Amin’ seperti didakwa pihak tertentu.

Perkara itu dinyatakan Jakim dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi jabatan itu hari ini.

"Susulan kenyataan dibuat pihak Nur Al Mustafa Malaysia dalam sidang media yang diadakan berhubung nasab 'Mawla Amin' bahawa mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada Jakim, dimaklumkan bahawa Jakim tidak menerima sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi dan dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai 'Mawla Mohamed Amin al-Hassani' mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Pada 22 Februari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan masyarakat terutamanya umat Islam supaya tidak terlalu taasub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: