Dari belukar berubah taman riadah

Antara kemudahan yang terdapat di Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak.
Antara kemudahan yang terdapat di Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM1. 7 juta mengubah kawasan belukar di atas tanah seluas satu hektar menjadi sebuah taman riadah untuk kemudahan penduduk Bandar Tun Razak.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh berkata, kawasan dinamakan Taman Kejiranan Ikhlas itu melalui beberapa fasa pembangunan bermula sejak 2016 sehingga selesai dilaksanakan pada Mei 2023.

Menurutnya, pelbagai fasiliti disediakan untuk kegunaan setiap peringkat umur seperti taman permainan kanak-kanak, alat senam riang, mini balapan dan pejalan kaki.

Gimik penanaman pokok oleh Wan Azizah (kiri) bersama Kamarulzaman pada majlis perasmian Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak pada Selasa.
Gimik penanaman pokok oleh Wan Azizah (kiri) bersama Kamarulzaman pada majlis perasmian Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak pada Selasa.

"Taman ini juga dilengkapi dengan pencahayaan bagi kemudahan untuk aktiviti riadah pada waktu malam.

"Saya amat berharap supaya taman yang telah dibina ini dapat memberi nilai tambah kepada kualiti kehidupan masyarakat setempat," katanya pada majlis perasmian Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak pada Selasa.

Majlis disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kamarulzaman berkata, taman itu boleh digunakan sebagai lokasi untuk aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, program pendidikan luar kelas, aktiviti sukan dan riadah.

Artikel Berkaitan:

Beliau berharap, persatuan penduduk dapat bersama-sama menjaga dan memelihara taman itu daripada aktiviti tidak bermoral seperti vandalisme dan kecurian aset.

Katanya, menerusi Pelan Induk Inisiatif Masyarakat Rendah Karbon menjelang 2030, DBKL komited memfokuskan pembangunan kawasan hijau terbiar untuk dijadikan taman kejiranan.

Wan Azizah (kanan) pada pada majlis perasmian Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak pada Selasa.
Wan Azizah (kanan) pada pada majlis perasmian Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak pada Selasa.

Ujarnya, sebanyak lima lokasi kawasan hijau di Kuala Lumpur berjaya dibangunkan sepanjang 2023.

"Selain itu, DBKL juga berusaha mewujudkan lebih banyak kawasan hijau di Kuala Lumpur menerusi program penanaman pokok bagi menyokong Kempen Penanaman 1 Juta Pokok yang melibatkan penglibatan agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Wan Azizah melawat reruai pada majlis perasmian Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak pada Selasa.
Wan Azizah melawat reruai pada majlis perasmian Taman Kejiranan Ikhlas Bandar Tun Razak pada Selasa.

"DBKL juga akan bersama dengan KPKT untuk membangunkan 30 'pocket park' di Kuala Lumpur yang kita sedang kenal pasti tapak tersebut terutama dalam kawasan bandar," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28