Banjir: Lebih 5,000 penduduk Brazil hilang tempat tinggal

Sekurang-kurangnya 5,578 daripada penduduk terjejas akibat banjir dan hilang tempat tinggal. Foto AFP
Sekurang-kurangnya 5,578 daripada penduduk terjejas akibat banjir dan hilang tempat tinggal. Foto AFP
A
A
A

MEXICO CITY - Lebih 11,200 penduduk Brazil terpaksa meninggalkan rumah mereka akibat banjir teruk yang melanda negeri Acre di barat laut negara itu, menurut portal berita Brazil G1 pada Isnin, lapor Sputnik.

Banjir itu juga menyebabkan sekurang-kurangnya 5,578 daripada penduduk terjejas banjir hilang tempat tinggal.

Pihak berkuasa tempatan pada Ahad mengisytiharkan darurat di negeri itu dengan bandar Jordao paling teruk terjejas apabila 80 peratus daripada kawasan berkenaan ditenggelami air.

Sebanyak 13 daerah di Rio Branco, ibu negeri Acre terjejas banjir dengan air naik setinggi dua meter. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!