'Macam mana makanan di Malaysia lagi mahal dari Hatyai?'

Saify mencadangkan peniaga menurunkan harga makanan untuk tarik pelancong ke negara ini.
Saify mencadangkan peniaga menurunkan harga makanan untuk tarik pelancong ke negara ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pemilik restoran dan peniaga makanan disaran menurunkan harga jualan sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong ke negara ini.

Pempengaruh TikTok, Saify Akhtar dalam hantaran di platform itu berkata, harga makanan mahal menyebabkan ramai orang memilih untuk melancong ke Thailand yang menawarkan pelbagai pilihan dengan harga jauh lebih murah dibandingkan dengan destinasi percutian di Malaysia.

"Macam mana makanan di Malaysia lagi mahal dari Hatyai? Kalau makan seafood (makanan laut), pasti bil akan lebih RM100 untuk satu keluarga. Di Hatyai tak sampai RM100 walaupun (mata wang) baht lagi tinggi dari ringgit, tetapi mengapa (harga makanan) masih mahal?

"Restoran di kawasan pelancongan tak boleh nak untung (sehingga) dua hingga tiga kali ganda. Sebab itu rakyat Malaysia 'lari' ke Hatyai," katanya.

Sebelum ini media melaporkan, jumlah rakyat Malaysia yang berkunjung ke bandar raya di selatan Thailand itu meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang sekali gus menyumbang lebih dua bilion baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir 2023.

Dalam pada itu Saify berpandangan, Malaysia juga tidak memberi tambah nilai kepada tempat-tempah bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Memberi contoh Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, pempengaruh itu berkata, satu kerugian terhadap nilai sejarah bangunan itu ekoran ia dijadikan pejabat dan teater.

"Sepatutnya jadi muzium yang menceritakan tentang sejarah tempat ini, (menjadi) tempat yang anak-anak saya sepatutnya mahu pergi, seperti Petrosains.

Artikel Berkaitan:

"Saya tidak tahu mengapa (sedangkan) Muzium Negara mendapat tempat ke-314 muzium terbaik dunia, tertinggal di belakang Kemboja, Filipina dan Singapura.

"Yang ada di muzium pula hanyalah batu-batuan dan replika. Lebih menyedihkan Malaysia ada banyak sejarah tetapi kita yang buat muzium ini boring (membosankan)," ujarnya.

Sementara itu Saifiy turut mempertikaikan persembahan budaya di kawasan tumpuan pelancong seperti bandar raya Melaka.

"Hari itu saya pergi ke Melaka, tepuk dahi kerana beca (dihias) dengan Hello Kitty, Pickachu, (muzik) disko dan lampu tom yam. Kenapa macam itu?

"Saya pergi tempat bersejarah, saya mahu menghayati budaya, saya mahu dengar (penjelasan) daripada 'tour guide' pun tak boleh," katanya.

@sinarharianonline

'Macam mana makanan di Malaysia lagi mahal dari Hatyai?' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Restoran #Harga #TikTok #Pempengaruh #SaifyAkhtar #Thailand #Makanan #Percutian

Spongebob Closing Theme Song Music - Ocean Floor Orchestra