Undang-undang negara benarkan perbualan telefon dipintas

Syahredzan
Syahredzan
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam yang juga aktivis, Syahredzan Johan mendedahkan memintas perbualan telefon peribadi adalah sah di sisi undang-undang negara.

Jelas beliau, Kanun Tatacara Jenayah (CPC) membenarkan pemintasan dan perakaman perbualan peribadi dibuat pada tahun 2012 ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kamu tahu apa yang ironi? Kerajaan Najib yang memperkenalkan pindaan kepada CPC untuk membolehkan pemintasan, mendengar dan rakaman komunikasi pada tahun 2012.

"Ya, kerajaan Najib menjadikan mendengar perbualan kamu adalah sah dari segi undang-undang,” katanya dalam satu siri ciapan menerusi akaun Twitternya di sini hari ini.

Hari ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan sembilan rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Klip audio tersebut adalah perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan beberapa individu penting pada tahun 2016.

Antaranya, rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1MDB kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

SPRM-bongkar-audio-konspirasi-jenayah-libatkan-Najib-Rosmah