Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024

Ahmad Shabery (tiga dari kiri) dan Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Abdul Satar (tiga dari kanan) bersama-sama pengurusan FELDA meletakkan tangan di atas kotak hitam 10 Tahun Menara FELDA sempena Karnival 'Segalanya FELDA' 2024 di Kuala Lumpur pada Sabtu.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Menara FELDA yang tersergam di Platinum Park, Pesiaran KLCC di Bandaraya Kuala Lumpur bukan sekadar binaan semata-mata, sebaliknya ia merupakan mercu tanda kejayaan agensi itu yang telah berjaya mencipta perubahan besar kepada struktur ekonomi serta masyarakat di negara ini.

Selari dengan kejayaan dan perubahan tersebut, FELDA atau nama penuhnya, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah melaksanakan inovasi, mencipta landskap baharu Menara FELDA dengan menjadikannya sebagai destinasi gaya hidup yang menyeronokkan dengan menganjurkan Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 yang berlangsung pada 23 hingga 25 Februari ini.

Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024, yang dibuka kepada orang ramai di Lembah Klang khususnya kepada warga FELDA atau Feldarians itu menawarkan pengalaman bermakna kepada para pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik.

Ahmad Shabery (kanan) menunjukkan isyarat bagus sambil memperlihatkan koleksi plak anugerah serta pencapaian FELDA yang dipamerkan di Menara FELDA.
Ahmad Shabery (kanan) menunjukkan isyarat bagus sambil memperlihatkan koleksi plak anugerah serta pencapaian FELDA yang dipamerkan di Menara FELDA.

Diilhamkan sendiri oleh Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, karnival itu memberi peluang kepada para pengunjung pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan dengan pelbagai produk tempatan.

Di samping itu, karnival tersebut turut mewujudkan masa berkualiti para pengunjung bersama keluarga dalam suasana selesa dengan persekitaran seni bina Menara FELDA yang mengagumkan sejak didirikan 10 tahun lalu.

“Menara FELDA sesuai menjadi pusat atau ‘port’ gaya hidup inklusif yang mana pelbagai acara menarik untuk Feldarians serta orang ramai untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga di sini.

Orang ramai bersama warga FELDA menyertai aktiviti senamrobik sempena Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 di Menara FELDA, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Orang ramai bersama warga FELDA menyertai aktiviti senamrobik sempena Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 di Menara FELDA, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

“Potensi kemeriahan di Menara FELDA ini mampu menarik anak-anak muda untuk berhimpun di situ.

“Lokasi Menara FELDA ini sendiri merupakan simbolik representasi nama FELDA yang cukup besar melalui ‘Segalanya FELDA’ sebagai satu jenama,” jelas Ahmad Shabery dalam satu kenyataan pada Sabtu yang mana beliau turut berharap karnival seumpama itu dapat diteruskan di tanah-tanah rancangan di seluruh negara.

Meningkatkan reputasi FELDA

Antara peserta yang menyertai pertandingan masakan sempena Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024.
Antara peserta yang menyertai pertandingan masakan sempena Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024.

Mengekalkan kecemerlangan, reputasi dan jenama FELDA di mata dunia, agensi Kerajaan Persekutuan itu telah menggariskan pelbagai usaha untuk mencapai matlamat tersebut supaya selari dengan era revolusi kecerdasan buatan (AI) ketika ini dan masa depan.

Malah, FELDA berhasrat untuk bergerak melampaui peranannya sebagai pengeluar minyak sawit utama dan pembangunan komuniti kepada sebuah entiti pemain global.

Hari Peneroka FELDA FGV 2024

Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 turut menjadi medan kepada anak-anak muda berkongsi idea dan pandangan selain menikmati aktiviti-aktiviti yang menarik.
Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024 turut menjadi medan kepada anak-anak muda berkongsi idea dan pandangan selain menikmati aktiviti-aktiviti yang menarik.

Bertepatan dengan matlamat tersebut, FELDA akan menghimpunkan para peneroka dan rakan-rakan strategik di seluruh negara dalam program Hari Peneroka FELDA FGV 2024 yang akan berlangsung selama tiga hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 12 hingga 14 Julai ini.

Dianggarkan seramai 500,000 orang peneroka akan hadir dalam program himpunan terbesar itu.

Malah, Hari Peneroka FELDA FGV 2024 turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti antaranya Feel Da Star, Masterclass, acara kerohanian, karnival kerjaya, pertandingan sukan, festival makanan, glamping, pameran dan banyak lagi.

Pelancong asing turut mengambil peluang melihat dan merasai sendiri kemeriahan Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024.
Pelancong asing turut mengambil peluang melihat dan merasai sendiri kemeriahan Karnival ‘Segalanya FELDA’ 2024.

Hari Peneroka 2024 bertujuan untuk bukan sahaja meraikan pencapaian komuniti FELDA tetapi juga untuk manifestasi inspirasi kerjasama serta inovasi dalam kalangan Feldarians.

Pencapaian itu membuktikan semangat dan evolusi FELDA dalam pelbagai aspek merangkumi kekayaan warisan FELDA, sumbangan ekonomi serta kejayaan warganya.

“Saya sendiri antara Feldarians. Di mana-mana sahaja, kami tetap orang FELDA.” ujar Ahmad Shabery.