Konflik AS-Iran bakal beri kesan kestabilan ekonomi dunia: Guan Eng

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui konflik antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran bakal memberi kesan kepada kestabilan ekonomi dunia.

Menurutnya, walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, namun kerajaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan tidak diduga.

"Perkara ini turut disentuh pada mesyuarat Kabinet hari ini. Kita harap kedua-dua negara mempertimbangkan sebaik mungkin sebelum berperang dan tidak melakukannya.

"Kita (kerajaan) mempunyai pelan bagi menghadapi perkara yang tidak dijangka seperti perang perdagangan jika ia bertambah buruk. Kita ada pelan itu dan boleh melaksanakannya," katanya pada Sidang Media Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Menurutnya, isu lebih besar dengan pelan itu ialah cabaran yang bakal dihadapi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

"Kita masih pengeksport minyak dan kita perlu lihat kepada impak kenaikan harga minyak dunia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng turut memaklumkan bahawa perbincangan bagi proses pengambilalihan konsesi tol diteruskan.

"Kabinet telah berbincang dan akan dimaklumkan pada pengumuman rasmi nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: