Menteri Pelancongan pecat KP?

Ammar, King Sing
Ammar, King Sing
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar didakwa ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa Isnin depan.

Difahamkan, ia berikutan beliau didakwa 'tidak sehaluan' dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Penamatan itu, berdasarkan surat tular di media sosial bertarikh 22 Februari yang memaklumkan berhubung perkara berkenaan.

Surat berhubung penamatan perkhidmatan Ammar.
Surat berhubung penamatan perkhidmatan Ammar.

Menurut kenyataan surat berkenaan, penamatan perkhidmatan Ammar selaras dengan peruntukan undang-undang.

"Selaras dengan peruntukan subseksyen 10 (1) Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 (Akta 481) yang dibaca bersama dengan peruntukan Seksyen 47 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).

"Saya selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang bertanggungjawab ke atas Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dengan ini memutuskan pelantikan YBhg Dato' Dr sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan adalah ditamatkan berkuat kuasa pada 26 Februari 2024," menurut kenyataan surat yang tular berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Sinar Harian sedang mendapatkan menteri untuk penjelasan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Cubaan Sinar Harian menghubungi Setiausaha Akhbar King Sing juga untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini, masih tidak mendapat maklum balas setakat berita ini ditulis.

Nama King Sing sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi antaranya isu kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam insiden itu, King Sing didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan pihak imigresen.

Bagaimanapun King Sing dalam kenyataan medianya kemudian, mengakui terbabit dalam insiden itu malah menyifatkan tindakannya bagi membongkar 'peristiwa' memalukan.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28