Pusat Pakaian Hari-Hari panel agensi zakat

Seorang pelanggan membeli beberapa beg sekolah yang dijual pada harga amat berpatutan
Seorang pelanggan membeli beberapa beg sekolah yang dijual pada harga amat berpatutan
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (Pusat Pakaian Hari-Hari) telah bekerjasama dengan beberapa agensi pengurusan zakat bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan menyediakan kelengkapan sekolah sempena sesi persekolahan pada tahun 2024 yang akan bermula pada awal Mac depan.

Pusat Pakaian Hari-Hari memaklumkan, pihaknya menjadi salah satu panel penebusan bagi penerima bantuan persekolahan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Zakat Pulau Pinang (ZPP).

“Pusat Pakaian Hari-Hari amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan ketiga-tiga agensi pengurusan zakat ini kerana secara tidak langsung kami dapat membantu meringankan beban orang ramai yang sedang menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka.

“Jumlah penebusan akan melibatkan seramai 31,600 penerima daripada MAIWP, diikuti 65,662 penerima daripada LZS manakala 15,000 lagi daripada ZPP. Penerima bantuan persekolahan ini akan menerima set penuh kelengkapan sekolah seperti seragam sekolah, kasut dan stoking,”jelas Pusat Pakaian Hari-Hari menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Pusat Pakaian Hari-Hari berkata, penerima terlibat boleh menebus bantuan persekolahan yang diterima bermula pada Februari sehingga April depan di beberapa cawangannya di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan pelbagai pilihan pakaian seragam, kasut dan kelengkapan persekolahan yang berkuailiti.
Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan pelbagai pilihan pakaian seragam, kasut dan kelengkapan persekolahan yang berkuailiti.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini pada masa akan datang kerana ia memberikan banyak manfaat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan perniagaan Pusat Pakaian Hari-Hari, gedung perniagaan pilihan ramai itu merancang untuk membuka lapan cawangan baharu menjelang akhir tahun ini.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini, kami mempunyai 109 cawangan di seluruh negara dan bakal membuka dua cawangan baharu di Rawang dan Hulu Langat masing-masing di Selangor dalam masa terdekat.

“Kami memfokuskan pembukaan lapan cawangan baharu tersebut di kawasan Lembah Klang dan pedalaman berdasarkan permintaan tinggi,” jelas kenyataan itu lagi.

Menurut Pusat Pakaian Hari-Hari, gedung pakaian itu menjadi pilihan kerana kualiti baju sekolah, harga yang berpatutan, mempunyai banyak pilihan beg dan kasut sekolah.

Malah, bagi memberikan keselesaan kepada pelanggan dan mengelakkan kesesakan di cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari, orang ramai juga boleh membeli secara dalam talian (online) sahaja melalui laman sesawang atau menerusi platform e-dagang terpilih.

Orang ramai memilih Pusat Pakaian Hari-Hari untuk membeli kelengkapan persekolahan.
Orang ramai memilih Pusat Pakaian Hari-Hari untuk membeli kelengkapan persekolahan.

“Kebanyakan pembeli online merupakan pelanggan setia kami kerana mereka berpuas hati dan dan sudah tahu saiz serta fabrik yang digunakan. Mereka tidak perlu beratur panjang untuk membuat pembayaran di kaunter,” kata Pusat Pakaian Hari-Hari yang turut menyediakan perkhidmatan penghantaran yang efisien.

“Kami mengambil masa selama dua sehingga lima hari untuk proses penghantaran kepada pelanggan. Kami sentiasa menjaga kualiti dan mengutamakan kepuasan pelanggan,” ujar kenyataan itu.

Info Pusat Pakaian Hari-Hari

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my

Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_

Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

Lokasi 109 cawangan Hari-Hari: http://hari.com.my/locator

#marilahpergiharihari

No Image Caption



ANTARA LOKASI PUSAT PAKAIAN HARI HARI:

KUALA LUMPUR

491&493 Jln Tar, 50100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-26023618

2768 & 2769 Changkat Permat, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur.

Tel: 03-41620681

No. 75, Jln Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, The Trillium, Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-90544318

No. 6, Jalan Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-92229122

No. 42 & 44, Jalan Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-91740067

49&51 Jalan Silang, 50050 Kuala Lumpur.

Tel:: 03-20224120

Selangor

No. 13a & 15, Pusat Komersial Maju Jaya, Jalan PJS 2/16A, Petaling Jaya, 46000 Selangor.

Tel: 03-77720982

No. 14, Jalan Sri Selayang, Taman Sri Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Tel: 03-61787318

14 & 15 & 15F(B )&16A, Jalan SU10, Taman Selayang Utama, 68100 Batu Caves Selangor.

Tel: 03-61282518

No. 67 & 69, Jalan Mahagoni 7/3, Seksyen 4, Bandar Utama Batang Kali, 44300 Selangor.

Tel:: 03-60570183

Lot No. M05, M08 & M09, Jalan Warisan Sentral 3, KIP Sentral, Kota Warisan,43900 Sepang, Selangor.

Tel: 03-87067088

No. 158, 160 & 162, Jalan Bunga Pekan, 42700 Banting, Selangor.

Tel: 03-31812251

No.47G, 49G & 51G, Jalan PDR 5, Pusat Perniagaan Desaria 2, Seri Kembangan, 43300 Balakong, Selangor.

Tel: 03-89645002

No. 15, 17 & 19, Jalan Kajang Mewah 4, Taman Kajang Mewah, 43000 Kajang, Selangor.

Tel: 03-87413418

No. 12 & 12A, Jalan 18/33A, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tel: 03-89407112

No.22-G-1, 22-1-1 & 22-2-1, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Tel: 03-89127588

No. 11G, 13G, 13-1 & 13-2, Jalan Pasar Baru, 43500 Semenyih Selangor.

Tel: 03-87260318

No. 51 & 51, Jalan Tun Abdul Aziz, 43000 Kajang, Selangor.

Tel: 03-87360881

No. 2-G, Laman Perniagaan Bahagia, Jalan 2, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.

Tel: 03-89256988

Lot 12628 & 12629, Jalan Bunga Matahari, 45300 Sungai Besar, Selangor.

Tel: 03-87067088

No. 68 & 70, Jalan Melati 3/1, Bandar Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor.

Tel: 03-32813829