Momen istimewa Kosen, Amge

Gambar pertemuan semula Sultan Kosen dan Jyoti Amge ketika mereka bersarapan di Los Angeles baru-baru ini. - Agensi
Gambar pertemuan semula Sultan Kosen dan Jyoti Amge ketika mereka bersarapan di Los Angeles baru-baru ini. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Orang paling tinggi dan pendek di dunia kembali bertemu selepas mereka pertama kali ditemukan dalam sebuah penggambaran di Mesir enam tahun lalu.

Mereka bergambar bersama ketika bersarapan di California, Amerika Syarikat (AS) sebelum memuat naik foto momen istimewa itu bagi meraikan pertemuan tersebut.

Sultan Kosen, 41, dari Turkiye memiliki ketinggian kira-kira 248 sentimeter (sm) boleh dilihat menjulang Jyoti Amge, 30, yang hanya berketinggian 62sm.

Dalam satu foto yang dimuat naik, Amge yang berasal dari India hanya lebih tinggi sedikit daripada kasut Kosen apabila dia berdiri di sebelah kasut lelaki berkenaan.

Di satu sudut lain pula, Amge dilihat hampir tidak mencapai bahu Kosen walaupun lelaki itu duduk dan dia berdiri di atas kerusi berhampirannya.

Gambar-gambar pertemuan mereka yang diterbitkan agensi berita Independent itu tidak menyatakan dengan jelas pihak yang menganjurkan lawatan mereka ke AS.

Kedua-duanya kali terakhir bertemu pada 2018 apabila mereka melawat Mesir, bergambar di sebelah piramid Great Sphinx of Giza, Mesir.

Kosen dan Amge juga adalah pemegang Rekod Dunia Guinness (GWR) kerana masing-masing memiliki tahap ketinggian luar biasa

Artikel Berkaitan:

Kosen secara rasmi ditabalkan lelaki tertinggi di dunia pada 2009. Ketika itu, dia adalah lelaki pertama yang masih hidup dengan ketinggian lebih 2.4 meter (m) dalam tempoh 20 tahun.

Dia juga memegang rekod tangan terbesar di dunia. Saiz itu adalah hasil daripada keadaan yang dipanggil pituitary gigantism yang menyebabkan tulangnya berkembang pada kadar lebih cepat.

Amge pula menerima gelaran wanita terpendek di dunia pada 2011 selepas memegang rekod remaja terpendek di dunia. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!