MP Britain lulus usul gesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza

Penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di dataran Parlimen ketika Ahli Parlimen Britain membahaskan usul untuk memanggil gencatan senjata di Gaza. Foto EPA
Penunjuk perasaan pro-Palestin berkumpul di dataran Parlimen ketika Ahli Parlimen Britain membahaskan usul untuk memanggil gencatan senjata di Gaza. Foto EPA
A
A
A

LONDON - Ahli Parlimen Britain meluluskan usul menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza selepas kekecohan bersejarah di Dewan Rakyat pada Rabu.

Usul Scottish National Party (SNP) itu diluluskan sebagai dipinda tanpa undian, dengan kebanyakan ahli Parlimen melaungkan "ya" selepas ia dipinda oleh usul Parti Buruh yang mengubah perkataan daripada "gencatan senjata segera”, lapor Agensi Anadolu.

Kekecohan berlaku selepas Speaker Lindsay Hoyle menerima pindaan oleh kedua-dua parti Konservatif dan Buruh kepada usul SNP, dengan menggesa "gencatan senjata segera,” langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini mengikut tradisi Parlimen.

Keadaan bertambah buruk apabila Ahli Parlimen Tory dan SNP keluar dari Dewan Rakyat tanda protes dengan Parti Konservatif kemudian menarik balik pindaan mereka, mengatakan mereka tidak mahu mengambil bahagian dalam prosiding pada Rabu.

Ahli Parlimen kemudiannya menolak untuk duduk bagi mengundi pindaan Parti Buruh dan usul SNP.

Pindaan Parti Buruh, yang mengubah perkataan daripada 'gencatan senjata segera' kepada 'gencatan senjata kemanusiaan segera', yang diluluskan dalam undian cepat, sebelum usul SNP yang dipinda juga, diluluskan dengan cara yang sama, menyaksikan ahli Parlimen melaungkan "ya” dan "tidak.”

Duta Palestin, Husam Zomlot menyifatkan kekecohan itu sebagai 'politik Britain berada pada tahap terendah'.

"Ini memalukan... selepas 100,000 rakyat Palestin terbunuh, cacat, cedera,” katanya sambil mendakwa Ahli Parlimen Britain melindungi kerjaya mereka, bukannya melindungi orang awam di Gaza.

Artikel Berkaitan:

Lindsay Hoyle yang terkejut kemudiannya kembali ke Dewan Rakyat, memohon maaf atas pilihan pindaannya.

Speaker menjelaskan beliau hanya berhasrat agar semua pandangan MP didengar dan kesal dengan keputusannya.

Menurut Hoyle, beliau melakukannya demi keselamatan Ahli Parlimen kerana mereka menerima ancaman daripada pengundi tentang bagaimana mereka akan mengundi mengenai Gaza. - Bernama-Anadolu

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28