15 lagu dipilih ke final Anugerah Lagu Indie 2023, Mac depan

Ahmad Faris (depan empat, kanan) dan Jennifer (belakang lima, kiri) bergambar bersama finalis Top 5 kategori Pop, Rock dan Hip Hop pada majlis pengumuman finalis bagi Anugerah Lagu Indie 2023 di ESI Hub Spacerubix, Puchong pada Rabu. Foto Bernama
Ahmad Faris (depan empat, kanan) dan Jennifer (belakang lima, kiri) bergambar bersama finalis Top 5 kategori Pop, Rock dan Hip Hop pada majlis pengumuman finalis bagi Anugerah Lagu Indie 2023 di ESI Hub Spacerubix, Puchong pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

LIMA belas lagu diumumkan sebagai finalis untuk tiga kategori dalam Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang akan berlangsung 7 Mac depan.

Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir berkata, 15 lagu terbaik kategori Pop, Rock dan Hip Hop itu dipilih daripada 626 penyertaan yang diterima sejak dibuka pada Julai tahun lepas.

"Beberapa kelainan dilakukan untuk penganjuran kali keempat ini dengan memperkenalkan kategori lagu terbaik di bawah genre Pop, Rock dan Hip Hop.

Ahmad Faris
Ahmad Faris

"Selain itu Anugerah Lagu Indie 2023 turut menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam secara dalam talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional,” katanya pada Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Jennifer Thompson berkata, lagu-lagu yang disenarai pendek sebagai finalis #ALI2023 dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu.

"Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jennifer
Jennifer

Lagu yang disenaraikan dalam Top 5 Kategori Lagu Hip Hop terbaik adalah Ice Cold Castle, Candy Mind, LXF, Gard O Gard dan Mimpi untuk Semalam manakala Top 5 Kategori Lagu Pop Terbaik adalah Pura, Pembunuh Malam, Stargazing, Luka dan Derana.

Sementara itu, Top 5 Kategori Lagu Rock Terbaik termasuk Jiwa (Takhta Milik Kita), In the Haze, Inti Sari, Terra Luna dan Souled Out.

Artis solo atau berkumpulan yang membawa lagu perlu memenangi kategori mereka dahulu sebelum berentap merentas genre untuk dinobatkan pemenang Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM36,000.

Anugerah Lagu Indie 2023 ini turut disokong Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda.

Para peminat muzik indie boleh menonton Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 pada 8 malam hingga 12 tengah malam. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28