Yayasan Pahang ungguli 3 anugerah di LAWA 2023

A
A
A

Mahmud (empat dari kiri) bersama-sama pegawai-pegawai menerima Anugerah Best Organisation Public Sector – Champion daripada V. Sivakumar (lima dari kiri) dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew (enam kiri) pada majlis LAWA 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.
Mahmud (empat dari kiri) bersama-sama pegawai-pegawai menerima Anugerah Best Organisation Public Sector – Champion daripada V. Sivakumar (lima dari kiri) dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew (enam kiri) pada majlis LAWA 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

SHAH ALAM - Yayasan Pahang (YP) mengungguli tiga anugerah dalam Life At Work Awards (LAWA) 2023 anjuran TalentCorp yang berlangsung di Kuala Lumpur, kelmarin.

Dalam satu kenyataan media, YP berbangga apabila berjaya membawa pulang anugerah bagi kategori Organisasi Terbaik: Sektor Awam.

Manakala, Ketua Jabatan Sumber Manusia YP, Datin Nor Aza Abd Aziz pula dipilih menerima anugerah Juara Ketua Pegawai Jabatan Sumber Manusia (CHRO): Sektor Awam.

"YP juga merangkul lagi satu anugerah bagi kategori Jabatan Sumber Manusia apabila pegawainya, Mohd Isyraq Akram Mohd Nasir dipilih sebagai Pegawai Harapan Jabatan Sumber Manusia: Sektor Awam.

'Pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif YP, Datuk Indera Mahmud menerima anugerah Sektor Awam Terbaik yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB V. Sivakumar," katanya itu lagi.

Untuk makluman, LAWA adalah satu inisiatif untuk meraikan majikan dengan amalan dasar tempat kerja yang terkemuka dalam bidang Kepelbagaian, Ekuiti, dan Keterangkuman (DEI) di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Anugerah ini bertujuan mengiktiraf majikan yang mempunyai dasar tempat kerja inovatif untuk pembangunan insan yang positif.

Justeru itu. YP menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ahli-ahli yang sentiasa memberi idea, nasihat dan sokongan padu sehingga membolehkan YP mencapai kejayaan ini.

"YP juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wargakerja yang memberi sepenuh komitmen dalam meningkatkan pencapaian organisasi dalam memartabatkan masyarakat.

"Sejak ditubuhkan pada 1982 hingga kini, Yayasan Pahang, agensi milik JKerajaan Negeri Pahang telah membelanjakan RM1.47 bilion yang telah memberi manfaat kepada 1.8 juta anak-anak Pahang pelbagai peringkat melalui pelbagai program pendidikan, biasiswa, pinjaman, keagamaan, kemasyarakatan dan sukan," jelas kenyataan itu lagi.

LAWA kembali dengan edisi kelapan setelah berhenti seketika akibat pandemik COVID-19.

Anugerah LAWA merupakan sebahagian daripada inisiatif TalentCorp dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia untuk membantu majikan menyediakan pekerjaan masa depan.

Anugerah ini telah berkembang daripada tiga kategori kepada lapan kategori dengan pengiktirafan dan anugerah yang berbeza diberikan kepada organisasi di Malaysia, organisasi antarabangsa, perusahaan kecil sederhana dan perkongsian tunggal serta sektor awam.

Penganugerahan LAWA anjuran TalentCorp ini merupakan pengiktirafan kepada majikan yang telah meningkatkan tahap mereka kepada benar-benar progresif dan inklusif.

LAWA 2023 disertai oleh 112 organisasi dan syarikat dari dalam dan luar negara.