Peminat Indonesia menangis bertemu Fattah Amin

Fattah Amin mengakui terkejut dengan penerimaan positif peminat di Indonesia.
Fattah Amin mengakui terkejut dengan penerimaan positif peminat di Indonesia.
A
A
A

PELAKON Fattah Amin mengakui terkejut dengan penerimaan positif peminat di Indonesia selepas filem lakonannya, Trinil: Kembalikan Tubuhku mendapat sambutan hangat di sana.

Dedah Fattah, ada peminat berusia belasan tahun yang sanggup datang dari Bandung ke Jakarta dan tidak kurang juga beremosi sehingga mengalirkan air mata ketika bertemunya.

“Sebenarnya bukan belasan tahun sahaja tetapi juga penonton daripada pelbagai peringkat usia memuji lakonan saya.

“Lebih menyentuh perasaan apabila ada peminat yang beremosi dan menangis kerana berpeluang berjumpa saya.

“Saya tak sangka watak Yusuf benar-benar beri kesan kepada penonton di Indonesia,” katanya yang turut berterima kasih kepada pempengaruh YouTube di sana yang memberi reaksi positif terhadap lakonannya.

Lebih membuatkan suami kepada pelakon dan penyanyi, Fazura itu teruja apabila berpeluang berlakon di bawah arahan Hanung Brakantoyo yang terkenal menerusi karya seperti Ayat-Ayat Cinta, Perempuan Berkalung Sorban, Legenda Sundel Bolong dan Surga Yang Tak Dirindukan 2.

Barisan pelakon Trinil : Kembalikan Tubuhku bersama pengarah, Hanung (empat dari kiri) dan penerbit, Azlin Hida (lima dari kiri).
Barisan pelakon Trinil : Kembalikan Tubuhku bersama pengarah, Hanung (empat dari kiri) dan penerbit, Azlin Hida (lima dari kiri).

Bintang berusia 32 tahun itu menyifatkan ia satu rezeki terpijak yang boleh membuka ruang buatnya mengembangkan sayap di negara jiran.

Artikel Berkaitan:

“Saya sedar sebelum ini saya tidak banyak berlakon filem atau menjadi hero dalam filem. Jadi saya amat bersyukur dan anggap ini satu rezeki yang tak disangka-sangka,” katanya.

Fattah ditemui pasa majlis pratonton Trinil: Kembalikan Tubuhku di Dadi Cinema, Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Fattah, filem terbitan produksi dari Malaysia, Seven Skies MoAon Sdn Bhd itu turut dibintangi pelakon Indonesia seperti Carmela Van Der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade, Alexzander Wlan, Willem Bevers, Elly D. Luthan dan ramai lagi.

Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan seluruh pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Februari 2024.

Lebih istimewa lagi, penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28