CIQ BSI bergelap: Boleh ancam keselamatan negara - Shahul

Laporan Sinar Harian. Gambar kiri: Shahul Hamid
Laporan Sinar Harian. Gambar kiri: Shahul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan eletrik yang berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor tidak sepatutnya berlarutan terlalu lama hingga mengambil masa semalaman untuk pulih.

Pakar kriminologi bebas, Shahul Hamid Abd Rahim berkata, tempat penting seperti di pintu masuk sempadan negara perlu mempunyai sistem elektrik sandaran sementara menanti sistem utama dibaik pulih.

“Kita khuatir jika perkara begini berlarutan, akan ada pihak yang cuba ambil kesempatan termasuklah aktiviti jenayah seperti penyeludupan atau perkara lain yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Shahul berkata, kementerian bertanggungjawab perlu sentiasa melakukan pemeriksaan dan penilaian semasa kemudahan-kemudahan di pintu masuk utama negara.

"Amat memalukan jika kelemahan ini tidak dapat diatasi memandangkan ia turut melibatkan pengguna dari negara jiran.

“Tak boleh ambil mudah soal kemudahan di pintu sempadan negara kerana ia menggambarkan wajah pentadbiran negara,” kata Shahul.

Artikel Berkaitan: