Speaker tak tegas punca sidang Dewan Rakyat jadi 'zoo' - Khlir

Khlir dakwa tindakan Speaker Dewan Rakyatyang kurang tegas menjadi punca sidang Dewan Rakyat kecoh seolah-olah seperti berada di zoo. (Gambar kecil: Khlir)
Khlir dakwa tindakan Speaker Dewan Rakyatyang kurang tegas menjadi punca sidang Dewan Rakyat kecoh seolah-olah seperti berada di zoo. (Gambar kecil: Khlir)
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Ketereh dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Khlir Mohd Nor mendakwa tindakan Speaker Dewan Rakyat yang kurang tegas menjadi punca sidang Dewan Rakyat kecoh seolah-olah seperti berada di 'zoo'.

Beliau berkata, jika Speaker bersikap tegas, berkemungkinan besar ahli Parlimen akan patuh kepada peraturan sekali gus menjadikan persidangan lebih harmoni.

"Saya lihat ahli Parlimen takut sekiranya mereka digantung daripada perbahasan.

"Jadi sebab itulah Speaker kena tegas dengan setiap tindakan yang diambil supaya ahli Parlimen menghormati peraturan-peraturan di Dewan Rakyat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, cadangan menjalankan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas (2024) lebih serius disambut baik.

Beliau mahu hukuman lebih berat dikenakan kepada ahli Parlimen yang tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat semasa berbahas.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas (2024) yang bakal berlangsung mulai 26 Februari hingga 27 Mac ini akan dijalankan dengan lebih serius dan keberadaannya diangkat di kedudukan yang lebih mulia.

Johari berkata, itu antara pembaharuan yang akan dilaksanakan untuk memastikan kedudukan Parlimen terus mempunyai kewibaan sejajar dengan fungsinya sebagai badan yang menggubal undang-undang di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, beliau tidak mahu lagi Parlimen dipandang serong dan hina oleh rakyat kebanyakan, seperti mana yang berlaku pada sesi-sesi Parlimen sebelum ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!