Tidak cukup korum, sidang Dewan Rakyat ditangguh dua minit

Persidangan Dewan Rakyat disambung semula sebaik kiraan mendapati jumlah ahli Parlimen mencukupi untuk meneruskan majlis.
Persidangan Dewan Rakyat disambung semula sebaik kiraan mendapati jumlah ahli Parlimen mencukupi untuk meneruskan majlis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat sesi petang pada Rabu ditangguhkan dua minit susulan kehadiran Ahli Parlimen tidak cukup korum.

Penangguhan itu dibuat selepas Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN - Indera Mahkota) membangkitkan mengenai jumlah kehadiran ahli Parlimen ketika Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sedang menggulung perbahasan mewakili kementeriannya.

“Tuan yang Dipertua standing order (peraturan mesyuarat), ramai sangat tidak ada ni. Cukup korum ke? soal Saifuddin.

Susulan itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor meminta bentara membuat kiraan ahli Parlimen yang berada di dalam dewan berkenaan.

“Apabila mana-mana Yang Berhormat membangkitkan isu korum. Saya terpaksa akur. Bentara semak dan kira cukup 26 (ahli Parlimen) atau tidak,” ujarnya.

Persidangan disambung semula sebaik kiraan mendapati jumlah ahli Parlimen mencukupi untuk meneruskan majlis.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!