Gaza: 700,000 rakyat Palestin kini diancam kebuluran

Rakyat Palestin berkumpul untuk mendapatkan bekalan makanan bantuan di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - Xinhua
Rakyat Palestin berkumpul untuk mendapatkan bekalan makanan bantuan di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza. - Xinhua
A
A
A

TUNIS - Masalah kebuluran semakin meruncing di Semenanjung Gaza dengan lebih 700,000 rakyat Palestin berisiko kehilangan nyawa, menurut pejabat media kerajaan wilayah Palestin pada Selasa, lapor Sputnik.

"Situasi kebuluran di kawasan Semenanjung Gaza yang dihuni kira-kira 2.4 juta penduduk kian bertambah buruk dari hari ke hari.

"Kawasan yang paling terjejas teruk ialah di tengah dan di selatan Gaza yang bakal mencetuskan malapetaka kemanusiaan selain meletakkan nyawa sebilangan besar daripada 700,000 penduduk Palestin di ambang maut,” menurut pejabat di Telegram.

Justeru itu, pejabat berkenaan mendesak rejim Israel untuk segera menarik balik kepungan di Semenanjung Gaza dan membenarkan 10,000 trak yang sarat dengan bantuan kemanusiaan memasuki kawasan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: