She Leads fokus isu wanita di tempat kerja

She Leads beri fokus isu wanita di tempat kerja. Gambar kecil Zamri
She Leads beri fokus isu wanita di tempat kerja. Gambar kecil Zamri
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Daily bakal membuat pembaharuan dengan memberi fokus terhadap isu wanita di tempat kerja dan membimbing mereka dalam perjalanan karier menerusi program She Leads.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, program itu akan menampilkan Pengasas BloomThis, Penny Choo dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sedania As Salam Capital Sdn Bhd, Nisa Ismail sebagai panel.

Menurutnya, ia sebagai salah satu platform untuk mengumpulkan pembaca wanita Sinar Daily dalam beberapa siri program berkenaan sepanjang 2024.

“Selain membawakan isu berkenaan wanita, program ini juga akan menjadi satu tempat dalam membina rangkaian bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan, strategi dan sokongan yang diperlukan untuk mengharungi kerumitan tempat kerja moden.

“Panelis wanita yang berpengaruh akan berkongsi pengetahuan mereka selain menawarkan kepada peserta untuk mendapatkan pandangan dalam perniagaan.

“Bagi mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket ini melalui ticket2u.com.my dengan bayaran sebanyak RM100 sahaja,” katanya pada Isnin.

Program She Leads yang dianjurkan Sinar Daily akan diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf bermula jam 2.30 hingga 5 petang pada 27 Februari ini.

Ia merupakan satu siri acara rangkaian dan sidang kemuncak yang membincangkan isu unik dihadapi wanita dalam perjalanan profesional mereka.

Artikel Berkaitan:

Tambah Zamri, Sinar Daily pada tahun ini turut memberi fokus baharu terhadap pelaporan berita yang lebih eksklusif dan mendalam selepas lebih dua tahun berada dalam industri.

“Editor di Sinar Daily akan memilih hanya berita-berita terbaik untuk disiarkan untuk tatapan pembacanya.

“Ia sedikit berbeza dengan strategi Sinar Daily pada tahun-tahun sebelum ini yang mana menampilkan sebanyak mungkin kandungan berita atau artikel pada setiap hari,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!