Sinar Daily rangkul perak DMA 2023

Zamri (tengah) menerima trofi pada majlis DMA 2023 di sebuah hotel di Singapura pada Khamis.
Zamri (tengah) menerima trofi pada majlis DMA 2023 di sebuah hotel di Singapura pada Khamis.
A
A
A

SINGAPURA - Sinar Daily, portal berita bahasa Inggeris terbitan Sinar Karangkraf merangkul pingat perak bagi kategori Portal Berita Terbaik pada Anugerah Digital Media Asia (DMA) 2023.

Pengumuman itu dibuat ketika majlis Digital Media Asia Conference di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, kemenangan di peringkat antarabangsa ini adalah satu penghargaan dan pembakar semangat untuk pasukan muda Sinar Daily.

"Sinar Daily adalah antara produk digital baharu di bawah Sinar Karangkraf yang diterbitkan kira-kira dua tahun lalu.

Sinar Daily merangkul pingat perak bagi kategori Portal Berita Terbaik pada Anugerah Digital Media Asia 2023.
Sinar Daily merangkul pingat perak bagi kategori Portal Berita Terbaik pada Anugerah Digital Media Asia 2023.

"Di bawah editornya, Tasnim Lokman pasukan mudanya sangat kreatif dan sarat dengan idea-idea baharu dalam kandungan berita, artikel serta video mereka.

"Idea kepada reka bentuk dan kandungan portal Sinar Daily juga digarap mereka mengikut cita rasa generasi muda.

"Terima kasih juga kepada penganjur WAN-IFRA di atas penganugerahan ini," katanya yang menerima anugerah itu di Singapura hari ini.

Artikel Berkaitan:

Anugerah DMA 2023 merupakan anugerah antarabangsa yang mengiktiraf industri media khusus dalam penerbitan berita sedunia menerusi kandungan digital dan teknologi.

Sejak dilancarkan dan memasuki tahun ke-15 penganjurannya, DMA telah menghimpunkan ratusan pemain industri setiap tahun yang terdiri dari kalangan penerbit, editor dan eksekutif digital dari pelbagai platform digital.