Pencemaran ladang ternakan tidak jejaskan penduduk

Pemeriksaan yang dibuat oleh pihak berkuasa pada Isnin.
Pemeriksaan yang dibuat oleh pihak berkuasa pada Isnin.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah, Kedah akibat pelepasan sisa ternakan di perkampungan Sungai Lembu, di sini tidak memberi kesan secara langsung kepada penduduk di sekitar.

Malah seperti yang dimaklumkan oleh Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol ketika lawatan di lokasi pada Isnin, kawasan pencemaran yang dikesan terletak sejauh 14 kilometer dengan Loji Rawatan Air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi kejadian mendapati kawasan perumahan dan juga perkampungan jauh dari lokasi terbabit.

Sebaliknya hanya terdapat kawasan kebun kelapa sawit serta kawasan perkuburan Cina yang berada tidak jauh dari lokasi ladang ternakan itik yang dikatakan menjadi punca kepada pencemaran yang berlaku.

Pada Isnin Sinar Harian melaporkan pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Bandaraya Seberang Perai mendapati pencemaran yang berlaku bukanlah berpunca dari ladang babi, tetapi datang dari ladang itik baka bersebelahan dengan ladang tersebut.

Air dari ladang itik terus ke Sungai Air Merah dan Sungai Kulim.
Air dari ladang itik terus ke Sungai Air Merah dan Sungai Kulim.

Fahmi berkata, dalam pemeriksaan yang dibuat mendapati bahawa memang ada 'direct discaj' dari ladang itik, maka ia terus ke Sungai Air Merah dan Sungai Kulim.

"Memang terdapat pencemaran air menerusi sisa ternakan, namun ia tidak memberi kesan kepada sumber air yang dirawat di kedua-dua negeri Pulau Pinang dan Kedah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, beliau menyeru orang awam agar tidak khuatir dengan keselamatan dan kebersihan air serta tidak membuat kesimpulan yang membabitkan isu sensitif.

Sebelum ini, JAS Kedah mengesan pencemaran aliran air hitam berpunca daripada kegiatan melepaskan sisa ternakan disyaki dari ladang babi.

Pemantauan dron mengesan pelepasan air hitam disyaki berpunca daripada pelepasan efluen atau air sisa daripada aktiviti penternakan.

Pemeriksaan JAS Kedah di sekitar kawasan penternakan mendapati terdapat beberapa kolam melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28