Ayam sejuk beku RM104,200 dirampas

Anggota Maqis menunjukkan ayam sejuk beku yang berjaya dirampas.
Anggota Maqis menunjukkan ayam sejuk beku yang berjaya dirampas.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan merampas ayam sejuk beku bernilai RM104,200 dalam serbuan di Kampung Hutan Puteh, Machang dekat sini semalam.

Pengarahnya, Mohd Azam Yahya berkata, dalam serbuan jam 2.45 petang itu pihaknya turut menahan tiga buah lori yang digunakan untuk mengangkut barangan berkenaan.

"Pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori berkenaan mendapati ayam sejuk beku itu tidak mempunyai permit import sah dari Maqis.

"Selain itu, ayam sejuk beku itu tidak mempunyai sijil kesihatan sah dari negara asal," katanya.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.

Katanya, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.

Mohd Azam berkata, Maqis Kelantan sentiasa melakukan pemeriksaan dalam memantau aktiviti membawa masuk produk pertanian dan makanan ke negeri ini.

Artikel Berkaitan: