Kantoi simpan 225 liter minyak diesel di rumah

Taktik seorang penyeludup menyimpan 225 liter minyak diesel di rumahnya di Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat berjaya dihidu oleh KPDN, pada Isnin.
Taktik seorang penyeludup menyimpan 225 liter minyak diesel di rumahnya di Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, Tumpat berjaya dihidu oleh KPDN, pada Isnin.
A
A
A

TUMPAT - Taktik seorang penyeludup menyimpan 225 liter minyak diesel di rumahnya di Telaga Lanas, Pengkalan Kubor di sini berjaya dihidu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pada Isnin.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 20-an itu memberi alasan minyak yang disimpan adalah untuk kegunaan jentera menuai padi.

"Operasi jam 4.30 petang itu melibatkan penguat kuasa KPDN Kelantan yang telah mengadakan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat.

"Semasa serbuan barang kawalan itu telah dijumpai berada di dalam sebuah kenderaan jenis lori Hicom berpendaftaran tempatan," katanya semasa dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, muatan minyak diesel yang diisi di dalam tong jerikin itu dilitupi dengan kain bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ujarnya, suspek yang merupakan pemandu kenderaan tersebut ditahan dan kes akan disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Azman memberitahu, terdahulu daripada hasil maklumat risikan, suspek tersebut membuat pengisian berulang kali disyaki dari Kota Bharu.

"Suspek membawa muatan bahan bakar barang kawalan bagi melakukan kegiatan penyelewengan yang akan dibawa ke pengkalan haram sekitar Tumpat untuk diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram," katanya.

Artikel Berkaitan: