Malaysia-Indonesia main peranan penting tangani isu antarabangsa

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin (tengah) bersama Presiden Iswami Malaysia yang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani, Ashwad Ismail dan Ahli Majlis Pentadbir Iswami Malaysia, Ketua Pengarang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin (tujuh dari kanan) bergambar bersama delegasi media dari Malaysia ketika hadir pada Majlis Makan Malam Ismawi bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia di sebuah hotel di Ancol, pada Isnin. Foto Bernama

A
A
A

JAKARTA - Malaysia dan Indonesia mempunyai peranan sama penting dalam menangani pelbagai isu berbangkit di peringkat antarabangsa dan rantau Asia Tenggara.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata, antara yang perlu diberikan perhatian ialah isu pelarian Rohingya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Palestin.

"Media boleh memainkan peranan dalam penyampaian berita yang boleh menyumbang secara positif kepada perkembangan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

"Ia secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada Malaysia dan Indonesia, seterusnya keamanan di rantau Asia Tenggara dan di peringkat antarabangsa.

"Saya percaya, melalui kerjasama antara Iswami (Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia), boleh membantu dalam menerangkan mengenai isu berkaitan dan dapat menyelesaikan konflik yang berbangkit apabila timbul isu membabitkan sesebuah negara," katanya pada Majlis makan malam bersama Iswami Malaysia di Ancol, di sini malam Isnin.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin menerima cenderahati daripada Presiden Iswamiyang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani, Ashwad Ismail (kanan) selepas Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia di sebuah hotel di Ancol, pada Isnin. Turut hadir, Ketua Umum Persatuan Wartawan Indonesia (PWI Pusat), Hendry Ch Bangun (kiri). Foto Bernama

Sementara itu, Presiden Iswami Malaysia, Ashwad Ismail berkata, pertubuhan itu berperanan dalam membina hubungan kedua-dua negara, bertepatan dengan situasi media hari ini yang kian mencabar khususnya dengan perkembangan teknologi semasa.

"Paling penting adalah untuk kita membina hubungan antarabangsa yang positif ketika situasi dunia hari ini sedang berpecah.

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap dapat mendedahkan lebih ramai wartawan Malaysia dengan situasi media Indonesia kerana ia penting dalam usaha memantapkan lagi hubungan di rantau ASEAN," jelasnya.

Majlis itu turut disertai 16 delegasi Ketua Pengarang dan Pengarang Urusan syarikat media yang juga pemimpin tertinggi Iswami Malaysia.

Mereka tiba di Jakarta pada petang Isnin bagi memenuhi undangan sempena sambutan Hari Pers Nasional 2024, yang akan dihadiri oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan lebih 6,000 wartawan dari seluruh Indonesia.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin (tiga dari kanan) bersama Presiden Iswami Malaysia yang juga Ketua Pengarang ASTRO Awani, Ashwad Ismail; Ketua Pengarang yang menjalankan tugas dan tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin ketika hadir pada Majlis Makan Malam ISWAMI bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia di sebuah hotel di Ancol, pada Isnin. Foto Bernama

Antara yang hadir ialah Ketua Pengarang Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin; Ketua Pengarang Astro Awani yang juga Presiden Iswami Malaysia, Ashwad Ismail dan Timbalan Presiden Iswami Malaysia yang juga Pengarang Urusan Kumpulan NSTP serta Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Hadir sama, Naib Presiden 1 Iswami, yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Komunikasi Malaysia, Nur Hanim Mohd Muhili; Naib Presiden 2, Kamaruddin Mape (Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Media Prima Berhad) dan Setiausaha Agung Iswami Malaysia, Mohd Shukri Ishak (Ketua Penyiaran TV dan Radio Bernama).

Selain itu, Ketua Pengarang Utusan TV, Datuk Zulkefli Hamzah; Pengarah Sarawak Media Group/CEO Suara Sarawak dan New Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir; Pengarah Urusan Malaysian Nanban, Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha; Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli; Ketua Pengarang Suara TV, Abd Jalil Aboo Backer dan Deputy Editor The Edge, Mohd Kamarul Azhar Mohamad Azmi turut hadir.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28