MGB catat keuntungan RM971.8 juta bagi FYE2023

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pembangunan hartanah, MGB Berhad (MGB) berjaya meraih hasil sebanyak RM971.8 juta bagi kewangan berakhir 31 Disember 2023 (FYE2023).

Jumlah itu menunjukan peningkatan sebanyak 58.6 peratus daripada RM612.8 juta dari tahun sebelumnya.

Pertumbuhan besar itu didorong oleh peningkatan 45.4 peratus hasil diperolehi daripada segmen pembinaan dan perdagangan, berjumlah RM856.2 juta. Peningkatan ini turut didorong oleh projek-projek seperti Idaman BSP, KITA Sejati dan KITA Mekar.

Selain itu, pendapatan segmen pembangunan hartanah menyaksikan peningkatan yang memberangsangkan sebanyak 385.5 peratus kepada RM115.6 juta berikutan bayaran berperingkat yang lebih tinggi bagi projek Idaman Melur dan Idaman Cahaya Fasa 1, serta penyerahan milikan kosong bagi projek Laman Bayu Fasa 3 dan Fasa 4.

No Image Caption

Selaras dengan peningkatan hasil, kumpulan melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM69.2 juta manakala keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat tiga kali ganda, mencecah RM51.1 juta.

Pendapatan sesaham meningkat daripada 2.55 sen kepada 8.25 sen bagi FYE2023, menghasilkan nisbah harga kepada pendapatan sebanyak 10.6 kali ganda, berdasarkan harga penutupan saham sebanyak RM0.87.

Dengan prestasi kewangan yang memberangsangkan, momentum pertumbuhan tertinggi direkodkan pada keputusan kewangan belum diaudit bagi suku keempat (Q4FYE2023) dengan lonjakan hasil sebanyak 109.7 peratus kepada RM305.3 juta dari tahun ke tahun.

Artikel Berkaitan:

Peningkatan didorong oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen pembinaan dan perdagangan, serta pembangunan hartanah. Segmen pembinaan dan perdagangan mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 73.5 peratus, mencecah RM241.5 juta, manakala segmen pembangunan hartanah mencatatkan peningkatan sebanyak sembilan kali ganda, berjumlah RM63.9 juta.

No Image Caption

Serentak dengan itu, PBT dan PAT mengalami peningkatan sebanyak 170.1 peratus dan 259.9 peratus, masing-masing mencecah RM18.4 juta dan RM13.7 juta.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San, berkata, sebagai penutup 2023, pihaknya berjaya memperoleh peningkatan tiga kali ganda bagi keuntungan bersih syarikat.

“MGB merekodkan PAT tertinggi setakat ini, hasil daripada usaha berterusan di dalam memantapkan operasi, serta melakukan keputusan yang strategik di samping kerja keras serta dedikasi berterusan seluruh warga MGB.

“Dengan tenaga berkemahiran tinggi serta pasukan kepimpinan kami yang berwawasan, setiap individu berperanan dalam memacu kejayaan MGB. Memandang ke hadapan, kami teruja dengan pelbagai peluang masa hadapan dan yakin akan keupayaan kami untuk memanfaatkannya.

“Dengan rekod kejayaan yang kukuh, pasukan yang kuat serta visi strategik yang jelas, MGB dilihat berada pada kedudukan yang baik untuk mengharungi segala cabaran dan merebut segala peluang masa hadapan,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

No Image Caption

Menurutnya, bagi melangkah ke 2024, syarikat mengambil pendekatan optimis dan berhati-hati untuk memberikan prestasi kewangan yang memberangsangkan.

“Dengan disokong oleh buku pesanan tertunggak sebanyak RM1.2 bilion dan jualan belum dibil sebanyak RM0.7 bilion daripada projek hartanah yang sedang berjalan dengan GDV keseluruhan sebanyak RM1.2 bilion.

“Selain itu, kami menerima dua pesanan belian daripada Sany Alameriah berjumlah RM119.55 juta bagi pembekalan dan pemasangan 400 buah vila di pembangunan Roshn Alarous, utara Jeddah yang dijangka membantu meningkatkan prestasi dan jenama kami.

“Perkembangan ini pastinya menyumbang secara positif kepada hasil untuk 2024 dan sebagai pesanan antarabangsa pertama kami, MGB akan menggunakan kepakarannya dalam pembinaan dan teknologi konkrit pratuang IBS di dalam memberikan produk terbaik kepada pelanggan kami,”katanya.