Peniaga didakwa beri keterangan palsu kepada SPRM

Tertuduh (tengah) dikawal anggota SPRM tiba di Mahkamah Kota Bharu.
Tertuduh (tengah) dikawal anggota SPRM tiba di Mahkamah Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas tuduhan membuat pernyataan palsu mendakwa lelaki bergelar Datuk meminta rasuah antara RM1 juta atau RM2 juta, September tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Hakimy Zulkifli, 32, dituduh di hadapan Hakim, Dazuki Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membuat pernyataan kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika percakapan dirakam mengikut Seksyen 30(8) Akta SPRM 2009, dengan menyatakan lelaki bergelar Datuk berusia 78 tahun meminta rasuah untuk diberikan kepada empat pegawai dan anggota polis.

Tertuduh mengetahui pernyataan itu palsu kerana sebenarnya lelaki bergelar Datuk tersebut tidak pernah meminta rasuah.

Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong.
Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong.

Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat SPRM negeri pada jam 12.55 tengah hari, 3 September 2023.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 27(1)(a) Akta SPRM 2009.

Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob dan Mariah Omar.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 Mac ini.