Hojlund jiwa pejuang - Ten Hag

Hojlund. Foto Agensi
Hojlund. Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menyifatkan rentak positif Rasmus Hojlund hanyalah permulaan selepas penyerang itu meneruskan prestasi cemerlang ketika menjelmakan dua gol ketika menjinakkan Luton Town, 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Kenilworth Road.

Malah, Ten Hag memuji ketabahan dan meramalkan lebih banyak kejutan yang bakal dihadirkan pemain kelahiran Denmark tersebut.

“Kami merekrutnya berdasarkan wataknya.

“Saya tahu dia kuat. Dia benar-benar boleh beraksi di bawah tekanan dan itu adalah sesuatu yang anda perlukan sebagai penyerang Manchester United. Dia tidak gementar atau hilang keyakinan. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi dan saya pasti akan menjaringkan lebih banyak gol.

“Dia memerlukan sokongan tetapi dia bertenang. Dia tidak bernasib baik pada mulanya. Anda lihat dia seorang pejuang, dia terus berjalan. Terdapat banyak bahagian di mana dia boleh meningkat tetapi keupayaan menjaringkan golnya jelas,” kata Ten Hag mengenai pemain berusia 21 tahun itu.

Hojlund. Foto Agensi
Hojlund. Foto Agensi

Hojlund menghadirkan gol pada minit pertama diikuti jaringan kedua minit ketujuh sebelum Carlton Morris mengurangkan defisit dengan sentuhan minit ke-14.

Kemenangan ke-14 liga itu meletakkan United di tangga keenam, 13 mata di belakang pendahulu Liverpool selepas mengharungi 25 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Mengenai tindakan mengeluarkan Casemiro dan Harry Maguire selepas dikenakan layangan kad kuning, Ten Hag berkata “Saya rasa permainan akan menuju ke arah di mana terdapat banyak tekanan ke atas pengadil dan kedua-duanya berisiko untuk menerima amaran kedua.

“Kami mempunyai pengganti yang baik jadi itulah sebabnya kami mengeluarkan mereka.”