SAR lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk disambung esok

Anggota bomba dalam misi mencari dan menyelamat Zulkarnain (gambar kecil) yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk pada Ahad.
Anggota bomba dalam misi mencari dan menyelamat Zulkarnain (gambar kecil) yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk akan disambung esok.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, operasi mencari Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditangguhkan pada 7 petang tadi berikutan keadaan mula gelap dan ombak bergelora.

Menurutnya, pencarian akan bersambung semula pada jam 7 pagi Isnin.

"Lelaki itu dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk berhadapan sebuah hotel.

"Dia dikhuatiri lemas ketika berenang di pantai berkenaan selepas datang untuk beriadah bersama keluarga sempena cuti sekolah.

Isteri mangsa, Nora Elina (dua, kiri) tidak dapat menahan kesedihan selepas suaminya dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk pada Ahad. Foto Bernama
Isteri mangsa, Nora Elina (dua, kiri) tidak dapat menahan kesedihan selepas suaminya dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di Pantai Batu Buruk pada Ahad. Foto Bernama

"Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) telah diaktifkan pada jam 12.15 tengah hari tadi oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Khairulanuar berkata, pangkalan hadapan carilamat turut ditubuhkan di lokasi kejadian bagi menyelaras operasi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tiga aset iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diatur gerak bagi melakukan pencarian di lokasi tersebut.

Katanya, sektor pencarian bertumpu kepada jarak 1 batu nautika radius dari kawasan mangsa disyaki hilang.

Sementara itu. Mohd Khairulanuar menasihatkan orang ramai untuk menekankan kepentingan menjaga keselamatan ketika beriadah di laut bagi mengelakkan kejadian sedemikian daripada berlaku.

"Kerjasama masyarakat terutama komuniti maritim amat diperlukan bagi memaklumkan pengunjung tentang keselamatan.

Sektor pencarian bertumpu kepada jarak 1 batu nautika radius dari kawasan mangsa disyaki hilang. Foto Bernama
Sektor pencarian bertumpu kepada jarak 1 batu nautika radius dari kawasan mangsa disyaki hilang. Foto Bernama

"Orang ramai boleh melaporkan sebarang maklumat kejadian kecemasan yang berlaku di perairan Terengganu ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Terengganu di talian 09-6223657," jelasnya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas kira-kira jam 11.20 pagi Ahad.

Isteri mangsa, Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata, suaminya Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dihanyutkan ombak ketika bersiar-siar di tepi pantai.