Mayat warga emas ditemui atas bumbung

Anggota JBPM menggunakan tangga elektrik daripada jentera untuk tiba di atas lokasi bangunan rumah kedai bagi memeriksa mayat seorang lelaki di Taman Pandan Cahaya, Ampang, Selangor pada Jumaat.
Foto Ihsan JBPM.
Anggota JBPM menggunakan tangga elektrik daripada jentera untuk tiba di atas lokasi bangunan rumah kedai bagi memeriksa mayat seorang lelaki di Taman Pandan Cahaya, Ampang, Selangor pada Jumaat. Foto Ihsan JBPM.
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di atas bumbung bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya, dekat sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut 7.04 petang dan sepasukan anggota dikerahkan ke tempat kejadian.

Beliau berkata, 'size up' dibuat sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian dan mendapati seorang individu berusia 71 tahun tidak sedarkan diri.

Mayat yang ditemukan di atas lokasi bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya, Ampang, Selangor pada Jumaat diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut. Foto Ihsan JBPM.
Mayat yang ditemukan di atas lokasi bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya, Ampang, Selangor pada Jumaat diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut. Foto Ihsan JBPM.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ampang.

"Bersama pihak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi, mangsa telah dibawa turun.

"Mayat telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu tular satu video di media sosial memaparkan situasi yang berlaku di lokasi kejadian mayat ditemukan.

Artikel Berkaitan:

Orang ramai memenuhi tempat kejadian bagi melihat operasi menyelamat oleh JBPM.