'Maaf... Dd Chronicle bukan tiket tak dikenakan tindakan'

AMK Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Dd Chronicle pada Jumaat.
AMK Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Dd Chronicle pada Jumaat.
A
A
A

SEREMBAN - Permohonan maaf yang dibuat pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berkait video parodi yang didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah bukanlah tiket untuknya tidak dikenakan tindakan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohamad Afif Anuar berkata, ini kerana video dihasilkan jelas boleh mengelirukan, memesongkan fakta serta berniat untuk mempersendakan proses penghakiman yang dilakukan oleh badan perundangan negara.

"AMK Negeri Sembilan menganggap permohonan maaf Dd Chronicle adalah tak serius terhadap apa yang dia buat.

"Jadi sepatutnya dia perlu dikenakan tindakan tegas bukan hanya cukup sekadar meminta maaf," katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini pada Jumaat.

Menurutnya, tindakan itu sebagai pengajaran supaya pihak lain tidak buat perkara sama.

AMK Negeri Sembilan menganggap permohonan maaf Dd Chronicle adalah tak serius.
AMK Negeri Sembilan menganggap permohonan maaf Dd Chronicle adalah tak serius.

Tambahnya, pempengaruh media sosial sepatutnya lebih berhati-hati menghasilkan 'content' dan tidak menyentuh undang-undang dan perlembagaan negara.

"Sebaiknya pempengaruh ini jangan dipengaruhi mana-mana pihak dan jangan menghentam sesuatu itu secara sembrono saja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Video yang dimuat naik oleh Dd Chronicle di YouTube mendapat kecaman hebat daripada warganet kerana didakwa mempersendakan agama serta menghina mahkamah.

Video parodi berdurasi tiga minit 55 saat itu memaparkan Dd Chronicle menyatakan bahawa perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Bagaimanapun dia telah menurunkan video tersebut serta membuat permohonan maaf.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28