Polis KL lupus barang kes RM2.89 juta

Allaudeen (dua dari kanan) melihat barang kes yang dilupuskan di Balai Polis Alam Damai pada Khamis. - FOTO Sinar Harian/ ROSLI TALIB.
Allaudeen (dua dari kanan) melihat barang kes yang dilupuskan di Balai Polis Alam Damai pada Khamis. - FOTO Sinar Harian/ ROSLI TALIB.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 42,408 barang kes membabitkan 429 kertas siasatan sejak 2010 hingga tahun lalu dilupuskan dengan nilai pelupusan dianggarkan lebih RM2.89 juta

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, antara barangan dilupuskan terdiri mesin bitcoin, minuman keras, rokok mercun, telefon dan tablet.

"Sejumlah wang tunai RM24,106.46 yang dirampas bagi kes berkenaan pula diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Alam Damai di sini, pada Khamis.

Allaudeen berkata, semua 429 kertas siasatan itu sudah selesai serta mendapat arahan daripada mahkamah untuk barang kes terbabit dilupuskan.

Allaudeen melupuskan barang kes di Balai Polis Alam Damai pada Khamis. FOTO Sinar Harian/ ROSLI TALIB.
Allaudeen melupuskan barang kes di Balai Polis Alam Damai pada Khamis. FOTO Sinar Harian/ ROSLI TALIB.

"Proses perundangan mengambil masa, sebelum barangan tersebut dapat dilupuskan," ujarnya.

Beliau berkata, pelupusan barang kes itu dijalankan dengan menggunakan kaedah 'E-waste' sejajar prosedur Jabatan Alam Sekitar.

"Barangan kes yang dilupuskan telah mendapat perintah Pemusnahan atau Pelupusan Barang Kes yang tertakluk di bawah Seksyen 407 (2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)," ujarnya.

Artikel Berkaitan: