'Gaji hanya guna RM200, RM4,000 hantar Bangladesh'

Tangkap layar hantaran video di aplikasi TikTok pada Isnin
Tangkap layar hantaran video di aplikasi TikTok pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan warga asing menerima gaji bulanan RM4,200 tetapi hanya memperuntukkan RM200 untuk perbelanjaan sendiri kerana jumlah selebihnya akan dihantar kepada keluarga di negara asal.

Pekerja warga asing itu dipercayai merupakan rakyat Bangladesh yang bekerja di tapak binaan.

"Tengok ini satu bulan (sebulan) saya kerja (dapat) RM4,200. Ini semua kirim (ke) kampung, simpan RM200 sahaja.

"Tak cukup. Semua kirim kampung, saya tak beli baju dan seluar," katanya menerusi satu video pada Isnin.

Rakaman berdurasi 24 saat itu dimuat naik di akaun TikTok @anuarnazif dan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 253,000 serta 10,000 tanda suka daripada orang ramai.

Video berkenaan memaparkan warga asing tersebut menunjukkan sejumlah wang tunai yang diterimanya sambil mendedahkan mengenai perkara tersebut kepada pemilik video.

@sinarharianonline

'Gaji hanya guna RM200, RM4,000 hantar Bangladesh' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Bangladesh #Gaji #Nasional #Semasa #Tular #Viral #TikTok #Buruh #Asing #Pekerja

Staying Alive - Tribute Band

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!