Gincu tertua ditemukan di Iran

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

JIROFT - Ahli arkeologi menemukan bekas kecil klorit yang mengandungi penyediaan kosmetik merah tua dipercayai gincu purba, di wilayah Jiroft di tenggara Iran.

Penemuan yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik itu menunjukkan bahawa komponen mineral daripada bahan berwarna kemerahan, termasuk hematit menjadi gelap disebabkan oleh manganit dan braunit, selain kesan kemerah-merahan dan anglesit.

Bahan-bahan itu, bercampur dengan lilin tumbuh-tumbuhan dan bahan organik lain serta hampir sama dengan resipi gincu kontemporari, lapor Agensi Berita Iran IRNA.

Penemuan bertarikh 4,000 tahun itu, menonjolkan pengetahuan canggih orang Iran purba dalam pemprosesan kimia.

Seorang profesor di Universiti Tehran dan ahli arkeologi yang menyumbang kepada penemuan itu, Dr Nasir Eskandari memberitahu IRNA bahawa kajian itu bertujuan untuk mendedahkan peranan perintis orang Iran purba dalam bidang sains kimia.

Beliau berkata bahan yang ditemukan itu menunjukkan bahawa orang Iran adalah pencipta pertama gincu. - Bernama-IRNA

Artikel Berkaitan: