Polis bukan Islam turut berkhatan

Kama Azural sendiri memandikan kanak-kanak sebelum mereka dikhatankan.
Kama Azural sendiri memandikan kanak-kanak sebelum mereka dikhatankan.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang anggota polis bukan Islam dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini dikhatankan bersama 30 kanak-kanak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, anggota yang berkhatan itu berketurunan pribumi Sabah dan membuat keputusan secara sukarela.

"Menariknya ini merupakan program julung kali yang dianjurkan di IPD Pasir Mas dan ia secara percuma.

Kama Azural (tengah) mengagihkan bunga telur kepada kanak-kanak yang berkhatan di IPD Pasir Mas pada Rabu.
Kama Azural (tengah) mengagihkan bunga telur kepada kanak-kanak yang berkhatan di IPD Pasir Mas pada Rabu.

"Semua kos ditanggung oleh pihak kelab kami. Kesemua peserta ini terdiri daripada anak-anak anggota termasuk asnaf," katanya semasa sidang media pada Rabu.

Menurut beliau, lebih bermakna program itu mendapat sokongan dan kerjasama daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebahagian daripada mereka yang menjayakan Majlis Berkhatan anjuran IPD Pasir Mas, BSN, HUSM dan JBPM pada Rabu.
Sebahagian daripada mereka yang menjayakan Majlis Berkhatan anjuran IPD Pasir Mas, BSN, HUSM dan JBPM pada Rabu.

Ujarnya, selain tuntutan agama ia bertujuan mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan yang diterapkan dalam kalangan anggota serta warga IPD Pasir Mas.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peserta termuda, Adib Harraz Mohd Saipul Anuar yang berusia enam tahun berkata, dia mahu berkhatan bersama abangnya, Adam Hariz, 10.

"Saya tidak takut, kerana abang ada bersama," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Adib Harraz memberitahu, dia dan abangnya hadir ditemani ibu, Nor Azura Zahari, 40, yang merupakan seorang inspektor.

Adib Harraz (kanan) dan abangnya, Adam Hariz memakai baju sedondon menerima cenderamata daripada Kama Azural sempena Majlis Berkhatan anjuran IPD Pasir Mas pada Rabu.
Adib Harraz (kanan) dan abangnya, Adam Hariz memakai baju sedondon menerima cenderamata daripada Kama Azural sempena Majlis Berkhatan anjuran IPD Pasir Mas pada Rabu.