Polis kesan ibu bapa kanak-kanak jatuh dari kereta

Polis sedang mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran pasar raya Billion di Kota Bharu pada Selasa.
Polis sedang mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran pasar raya Billion di Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis sedang mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra berhampiran pasar raya Billion, di sini pada Selasa.

Kejadian jam 5.42 petang itu dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu kereta terbabit yang tidak memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup dengan kemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Mohd Suhaimi Ali berkata, suspek juga dikatakan tidak memastikan kanak-kanak tersebut untuk memakai tali pinggang keledar.

"Kes tersebut akan disiasat bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi talian 09-7752355," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Sebelum itu sebuah rakaman video berdurasi 1.01 minit telah dimuat naik di laman sosial memaparkan kejadian tersebut.

Dalam rakaman terbabit, seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dari sebuah kereta yang dinaiki dan dilanggar oleh dua kereta membuat pusingan U di lampu isyarat.

Video tersebut yang tular di laman sosial itu mengundang simpati sehingga menjadikan kejadian itu sebagai iktibar.

Artikel Berkaitan: