Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun

Allaudeen (tengah) semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Allaudeen (tengah) semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti identiti tiga pemilik akaun media sosial yang dipercayai mengugut peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid susulan tindakannya mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, terdapat tiga laporan diterima membabitkan kes tersebut dan tiga kertas siasatan telah dibuka.

Menurutnya, satu daripadanya telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan susulan.

“Pada tahun lalu, Nik Elin buat tiga laporan, kita buka tiga kertas siasatan dengan satu daripadanya sudah selesai dan ada dengan (dirujuk kepada) TPR beberapa minggu lalu.

“Dua lagi (laporan) masih dalam siasatan dan kita akan lengkapkannya dalam terdekat dan serahkan kepada TPR," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.

Allaudeen melakukan pemeriksaan barisan semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Allaudeen melakukan pemeriksaan barisan semasa Perhimpunan Bulanan di IPK Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

Pada Sabtu, Nik Elin Zurina memaklumkan menerima beberapa ugutan bunuh susulan tindakannya itu sebelum membuat tiga laporan polis.

Sebelum itu, pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Artikel Berkaitan:

Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempatisyen bagi mencabar 18 peruntukkan enakmen tersebut.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Dalam kes berlainan, mengenai siasatan kebakaran lima unit rumah di Flat Sri Sabah di Cheras, Allaudeen berkata, siasatan sedang dijalankan pihak bomba.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dikenal pasti (membabitkan insiden itu), jika ada pihak bomba akan maklumkan nanti,” katanya.

@sinarharianonline

Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #BuletinTikTok #Polis #PDRM #NikElin #Peguam #Ugut #Bunuh #Mahkamah #Syariah #Undang #Islam #Agama #Jenayah #Kelantan #Negeri #Persekutuan

original sound - Sinar Harian