‘El Nino tak jejaskan bekalan makanan’ - Mat Sabu

Mohamad ketika sidang media sempena Program Lawatan KPKM di Jelapang Padi Batang Lupar pada Khamis. Foto Bernama
Mohamad ketika sidang media sempena Program Lawatan KPKM di Jelapang Padi Batang Lupar pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Fenomena cuaca El Nino yang berlangsung sehingga Jun tahun ini tidak akan menjejaskan bekalan makanan dalam negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun terdapat aduan daripada petani, namun keadaan tanaman masih lagi terkawal.

“Bekalan makanan masih mencukupi dalam tempoh cuaca panas.

“Aduan tetap ada dari masa ke masa dan pihak kami mengambil tindakan susulan terhadap masalah itu,” katanya dalam sidang akhbar dalam Lawatan Kerja Projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House and Industry Sdn Bhd, di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa cakna berkenaan fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut, yang dijangka berlaku serentak pada November 2023.

Susulan itu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, lazimnya El Nino yang berintensiti kuat akan memberi impak signifikan terhadap corak cuaca negara terutamanya ketika fasa akhir Monsun Timur Laut dan musim selepasnya.

Menurutnya, fenomena El Nino dijangka menjadi lebih ekstrem dengan peningkatan suhu dan pengurangan jumlah taburan hujan di seluruh negara pada tahun ini, susulan faktor pemanasan global yang dihadapi dunia pada masa ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, semua pihak diminta bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pada minggu hadapan pihaknya akan menyertai mesyuarat bersama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi membincangkan persiapan negara menghadapi El Nino.

"Cuaca panas ini akan dihadapi dalam tempoh lama dan golongan itu perlu mematuhi semua arahan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya setakat ini belum dimaklumkan mengenai perkara itu namun kita tidak bergerak secara bersendirian dan akan menyelesaikannya secara bersama dengan beberapa kementerian," katanya.