Lawatan mengejut KPN, petugas di lapangan rasa dihargai

Hussein
Hussein
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain membuat lawatan mengejut di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Sabtu lalu, membuktikan sifat pemimpin yang prihatin dan cakna terhadap petugas di lapangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota dan pegawai di IPD berasa teruja dan dihargai apabila ada lawatan bersahaja tanpa dirancang daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Ketua Polis Negara.

"Ia membuktikan sifat pemimpin yang prihatin dan cakna terhadap petugas di lapangan," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan Razarudin turut membuat lawatan mengejut di IPD Nilai dan lokap Balai Polis Mantin, Negeri Sembilan bagi meninjau penugasan pegawai dan anggota di lapangan.

Lawatan mengejut itu susulan tinjauan beliau ke DCC IPD Kajang bagi memantau sendiri operasi harian barisan hadapan PDRM.

Razarudin dilaporkan berkata, tinjauan itu bukan untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, namun ia lebih kepada memberi teguran serta memperbetulkan amalan tugasan supaya tidak tersasar daripada landasan pasukan.

Artikel Berkaitan: