Membangun kecemerlangan operasi pelabuhan

Northport berjaya melanjutkan pengiktirafan ISO 37001 ABMS sehingga tahun 2026 melalui penyerahan pensijilan ISO 37001 daripada Pengarah Urusan BSI Services Malaysia, Evelyn Chye (kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof.
Northport berjaya melanjutkan pengiktirafan ISO 37001 ABMS sehingga tahun 2026 melalui penyerahan pensijilan ISO 37001 daripada Pengarah Urusan BSI Services Malaysia, Evelyn Chye (kanan) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof.
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam dunia korporat yang semakin kompleks, integriti dan tata kelola yang baik menjadi kunci utama dalam membentuk kepercayaan, keyakinan, penghormatan serta reputasi dalam sesebuah industri.

Integriti korporat mencerminkan komitmen organisasi,yang mana ia menjadi panduan untuk bertindak dengan lebih jujur, adil dan bertanggungjawab dalam operasi sekali gus membina hubungan yang positif dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Membicarakan soal integriti korporat, pengendali pelabuhan terbesar negara, Northport (Malaysia) Bhd (Northport), berjaya mengorak langkah memimpin budaya serta amalan integriti, etika dan ketelusan dalam operasi dalam pelabuhan di Malaysia.

Northport, iaitu anak syarikat milik penuh Kumpulan MMC itu telah membuktikan komitmen dengan mentransformasikan Pelabuhan Utara sebagai pelabuhan pertama di Malaysia menerima pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) dari SIRIM QAS International Sdn Bhd pada 23 Disember 2020.

No Image Caption

Pensijilan ISO 37001:2016 ABMS telah membuka laluan kepada Northport memperkasakan integriti dan pencegahan anti-rasuah melalui Pelan Anti-Rasuah Anti-Korupsi (ABAC) yang telah dibangunkan secara menyeluruh selari dengan Panduan Tatacara Mencukupi menurut sub-seksyen (5) Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dasar integriti dan anti-rasuah komprehensif

Asas komitmen Northport terhadap prinsip integriti dan usaha menangani rasuah adalah terletak pada penetapan dan pelaksanaan dasar dan polisi yang kukuh berkaitan dengan tata kelola selain tadbir urus yang bersih.

Malah, Lembaga Pengarah Northport turut memainkan peranan penting dalam pembentukan dasar serta polisi yang selaras dengan keperluan undang-undang dan keperluan perniagaan.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof (kanan) menerima pensijilan ISO 37001:2016 ABMS daripada Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS, Mohd Hamim Imam Mustain pada 23 Disember 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof (kanan) menerima pensijilan ISO 37001:2016 ABMS daripada Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS, Mohd Hamim Imam Mustain pada 23 Disember 2020.

Hasilnya, Northport berjaya mewujudkan dasar dan polisi integriti dan anti-rasuah yang menyeluruh merangkumi Polisi dan Kerangka Anti-Rasuah, Polisi Pemberian Maklumat, Kod Etika Northport (Malaysia) Bhd, Tatacara Rakan Perniagaan (Business Associates Code of Conduct) dan Perjanjian Integriti (Integrity Pact).

Dasar dan polisi ini terpakai kepada seluruh kakitangan, rakan niaga, pemegang taruh dan pihak berkepentingan Northport seterusnya menyumbang kepada pengukuhan integriti dan reputasi korporat.

Penilaian risiko dan whistleblowing

Northport turut mengamalkan penilaian risiko rasuah berdasarkan Prosedur Pengurusan Risiko Rasuah yang berperanan mengenal pasti, menilai dan menentukan tahap risiko rasuah di semua peringkat operasi

Penetapan penilaian risiko ini disusuli dengan pelan pelaksanaan, pencegahan serta pemantauan terhadap Skim Penilaian Risiko Rasuah. Malah, skim penilaian itu telah memanfaatkan Northport dari aspek pemahaman yang lebih baik terhadap risiko, peningkatan kepercayaan pemegang taruh dan pihak berkepentingan selain memastikan pematuhan standard korporat dan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

No Image Caption

Pada masa sama, Northport turut menambah baik sistem pemberian dan pelaporan maklumat atau whistleblowing mengenai kesalahan, penyalahgunaan atau tingkah laku tidak bermoral dalam syarikat itu.

Sistem penilaian yang telah diwujudkan sejak 2014 itu berupaya memastikan komunikasi yang jelas mengenai komitmen Northport terhadap integriti, keadilan, dan ketelusan melibatkan kakitangan, kontraktor dan pembekal melalui sesi perkongsian integriti secara berkala.

Northport turut mempelbagaikan kaedah pemberian maklumat meliputi pelbagai medium seperti emel, surat atau penyerahan dalam talian (online) melalui laman web Northport. Usaha ini sekali gus memberi peluang kepada kakitangan, pemegang taruh dan pihak berkepentingan untuk melaporkan apa-apa tingkah laku tidak beretika dan juga rasuah.

Memperkemaskan sistem whistleblowing, Northport juga menerapkan modul induksi kepada kakitangan baharu selain memaklumkan secara tegas kepada para kontraktor dan pembekal dalam sesi penerangan bidaan tender.

Kawalan

No Image Caption



Memperkasakan lagi budaya dan amalan integriti, Northport berjaya melaksanakan langkah-langkah kawalan pencegahan rasuah menerusi penilaian wajar (due diligence) yang menggunakan aplikasi Sistem Tapisan Keutuhan (e-STK) daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sistem e-STK dan carian SSM ini dilaksanakan untuk setiap pendaftaran pembekal serta kontraktor yang menyertai tender syarikat kecuali pengambilan kakitangan baharu yang hanya menggunakan e-STK.

Langkah-langkah kawalan lain yang dilaksanakan Northport ialah;

- Pernyataan Polisi Anti-Rasuah Anti-Korupsi Northport (Malaysia) Bhd.

- Prosedur pengendalian penajaan, permohonan derma dan sumbangan politik.

- Pengisytiharan konflik kepentingan dan Ikrar Bebas Rasuah secara tahunan.

- Menghadkan kuasa atau Limits of Authority.

ABMS dan inisiatif khusus

Contoh poster dan kenyataan polisi ABAC yang disebarkan kepada semua kakitangan serta pemegang taruh Northport.
Contoh poster dan kenyataan polisi ABAC yang disebarkan kepada semua kakitangan serta pemegang taruh Northport.



Pelaksanaan ABMS merangkumi keseluruhan kakitangan, pemegang taruh dan pihak berkepentingan di dalam skop perkhidmatan operasi pelabuhan dan perkhidmatan lain yang berkaitan.

Northport telah menambah baik keperluan ISO 37001:2016 dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif susulan termasuk pindaan terhadap polisi dan kerangka anti-rasuah, polisi pemberian maklumat, Business Associates Code of Conduct, Integrity Pact dan sebagainya.

Malah, Northport turut melaksanakan audit dalaman terhadap AMBS secara tahunan (2021 dan 2022) termasuk menjalankan kajian semula pengurusan.

Northport telah melantik British Standards Institution (BSI) yang juga pihak penarafan yang memperoleh akreditasi Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan ANSI National Accreditation Board (ANAB) untuk menjalankan audit pensijilan semula ABMS pada tahun 2023 sehingga berjaya melanjutkan pensijilan itu sehingga tahun 2026.

Selain itu, Northport mengintegrasikan pelbagai inisiatif dalam Pelan Inisiatif Anti-Rasuah dan Anti-Korupsi 2024-2026 bagi memantapkan penguasaan, kefahaman serta latihan pematuhan integriti.

Antara inisiatif-inisiatif tersebut merangkumi;

- Menyediakan maklumat Anti Rasuah dan Anti-Korupsi (ABAC) dalam bentuk poster dan disebarkan kepada kakitangan;

- Merekod pengisytiharan penerimaan dan pemberian hadiah setiap bahagian dan jabatan secara bulanan;

- Mengadakan perutusan pengurusan tertinggi mengenai rasuah dan penyelewengan dan disebarkan melalui saluran informasi rasmi syarikat;

- Menganjurkan program ceramah melibatkan tokoh-tokoh berpengalaman sempena Hari Anti-Rasuah Antarabangsa setiap tahun;

- Menganjurkan sesi ABAC kepada kakitangan, kontraktor dan pembekal secara berkala;

No Image Caption

- Mengadakan program induksi kepada pekerja dan kontraktor baharu;

- Memberi penerangan mengenai ABAC dan whistleblowing dalam sesi penerangan bidaan tender;

- Mengadakan latihan ABAC kepada juruaudit dalaman ABMS Syarikat;

- Mewujudkan Penyataan Anti-Rasuah dan makluman saluran pelaporan rasuah dan kelakuan tidak wajar kepada semua kakitangan;

- Mengukuhkan kerjasama bersama SPRM dalam sesi ceramah dan penerangan anti-rasuah termasuklah sesi Liabiliti Korporat Seksyen 17A dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA); dan

- Memuat naik polisi anti-rasuah, polisi pemberian maklumat, Business Associates Code of Conduct, Integrity Pact, kod etika dan sebagainya di dalam laman web rasmi Northport.

Hasil daripada pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut, Northport membentangkannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Risiko setiap suku tahun sebelum ianya dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit dan seterusnya kepada Lembaga Pengarah Northport.

Justeru, komitmen Northport terhadap amalan integriti dan anti-rasuah memperlihatkan pendirian proaktif syarikat ini dalam mewujudkan budaya korporat yang menghargai etika, ketelusan dan pematuhan undang-undang.

Tidak disangkal lagi, Northport telah berjaya menetapkan standard yang kukuh bagi asas kerangka pembudayaan integriti serta tata kelola yang cemerlang.

Kejayaan Northport jelas dibuktikan menerusi pengiktirafan Anugerah Emas Tertinggi sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Anti-Rasuah 2022 yang telah diadakan pada 18 Januari tahun lalu.