X

Kindly register in order to view this article
!

Terengganu pantau aktiviti tangkap ikan kelah di Tasik Kenyir

AHMAD SAMSURI
A
A

HULU TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengambil langkah meningkatkan kawalan dan pemantauan di kawasan Tasik Kenyir bagi mengelak penangkapan ikan kelah secara haram.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi memastikan spesies ikan berkenaan terpelihara terutama melibatkan kawasan yang diwartakan sebagai Santuari Kelah.

Katanya, langkah itu diambil bagi mengelak berlakunya aktiviti penangkapan ikan kelah tanpa permit secara berleluasa.

"Kita tahu ada pihak yang berusaha mencari jalan untuk menangkap ikan kelah yang terdapat di kawasan ini

"Jadi kerajaan negeri akan berbincang bersama agensi berkaitan supaya kegiatan penangkapan ikan kelah secara haram ini dapat dikawal," katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja ke Tasik Kenyir semalam.

Ikan kelah yang telah mati ditemui tersangkut pada dua rawan pukat di Tasik Puah ketika rondaan dilakukan pada 4 Disember lalu.
Ikan kelah yang telah mati ditemui tersangkut pada dua rawan pukat di Tasik Puah ketika rondaan dilakukan pada 4 Disember lalu.

Selain itu Ahmad Samsuri berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan bagi menambah anggota penguatkuasaan untuk meningkatkan kawalan mengikut keperluan di kawasan itu.

Kegiatan penangkapan ikan kelah secara haram di Tasik Kenyir terbongkar setelah video sekumpulan lelaki bersama ikan kelah yang ditangkap di dalam guni termasuk yang tersangkut pada pukat dimuat naik di media sosial pada 27 Disember lalu.

Bertindak daripada laporan orang awam, sepasukan anggota daripada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bersama Koperasi Eko Pelancongan Tasik Puah, Hulu Terengganu melakukan beberapa rondaan di kawasan terbabit.

Hasil rondaan pada 4 Disember lalu menemukan dua pukat di Tasik Puah dan sebuah bot pada sebatang pokok di Sungai Pelangong yang digunakan bagi menangkap ikan di zon larangan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelah mati terperangkap dalam pukat


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus